Thursday, October 11, 2001

erk... fajar cakap ms office 2000 leh buat sebenarnya, tapi kena tengok kat preference/option. tapi semalam aku tengok tarak pun! mungkin aku tak tengok betul-betul kot. anyway, aku dah tak berkesempatan nak explore lagi sekarang ni sebab assignment semua dah settle dan kat cyber cafe ni cuma ada office 97 jek. tapi nanti la aku cuba lagi. erk... tapi camne kalau nak lukis rajah hah? sebab tiap kali aku aku try mesti keluar new drawing, text box bla bla bla. aku pun blur la.
tapi yang aku tau kalau guna ms office 2000 dan ko nak tengok dalam ms office 97 ko save as "*.rtf" (Rich Text Files). kalau ko save dalam "*.wps" memang takleh tengok. kalau dalam "*.doc" keluar lak characters yang ntah apakebenda tuh. selamat mencuba.
minggu depan mungkin aku takde. aku memang dah plan nak balik jb dah lama dah. sekarang ni dah lebih 3 bulan aku tak balik jb. aku ghindu kat umah aku, kat mak aku, kat kucin adik aku, kat budak yang mak aku jaga, kat bla bla bla... aku plan nak bawak sini gambo aku yang tak ensem tu bebanyak, pastu scan dan terus upload. pastu nak carik balik citerr lawak (*bangang*) yang aku try hantor kat ujang dulu.
aku ghase sampai je kot untuk hari ni sebab aku nak cuba siapkan resume yang patutnya dah lama aku siapkan. awek aku pun dah bising-bising takmo kahwin ngan aku kalau aku tak siapkan gak. so see ya around guys. semasa ketiadaan aku ni korang jaga la sites aku ni bebaik eh? jangan nakal-nakal dan jangan merusuh depan kediaman duta amerika. kalau korang nak lepaskan geram gi la bermain counter strike. ingatla setiap sesuatu tu mesti ada balasannya. semoga Allah ampunkan dosa kita semua. amin :)