Monday, November 12, 2001

semalam lepas balik dari gathering, boss aku ajak gi tengok *kaki bakar*. kat KLCC dah takde show lagi, so kitorang gi la tengok kat mid valley. first five minute kitorang miss sebab masih lagi beratur beli tiket. citerr *the one* sold out! gilerr la diorang nih. tapi aku bukan nak tengok citerr tu pun, sebab aku rasa jet li dah jadi van damne. sebab cam citerr van damne banyak dia buat cam ada dua tiga orang la, back to the past la, gi future la, etc.
besh *kaki bakar*, rugi sesapa tak tengok. spyz dah tengok citerr tu tapi dia tak review lagi. so aku review la kat sini eh? nak kata citerr tu deep sangat pun idak la. sebab jalan citerr dia gilerr sempoi. kurang ajar dibalas dengan kurang ajar. tapi cam biasa la citerr-citerr sempoi ni la selalunya buat kita terpikir. cam citerr tu, aku terpikir plak ngan situasi melayu makan melayu nih, dengki sesama sendiri, berpecah belah dan lain-lain lagi la.
dalam citerr tu khalid salleh jadi kakang, sorang jawa tapi melayu lain pandang rendah pada dia, hina dia etc sebab dia jawa dan sudah semestinya budaya dan cara hidup dia lain dari rumpun melayu yang lain.
penting ke harga karpet pada sorang jawa yang berjuang menentang belanda? tapi disuruh dia gak cuci sebab dia terpijak karpet tu (sengaja ke tak sengaja belakang kira). tapi bila datang menghantar tu cara kurang ajar dah tentu dia pun balas balik ngan kurang ajar. bila pulangkan karpet tu, karpet tu rosak. erk... nak aku citerr jalan citerr ke? takyah la eh? korang tengok la sendiri. aku nak komen pasal tema dia aje. last-last sekali dia bengang dan bakar rumah asap. pastu tuan tanah kedaun tu tembak dia. dia pun mati.
lakonan mantap semuanya. aku baca komen dalam paper yang kalau boleh tunjukkan sikit-sikit flashback dia sebagai hero kemerdekaan indonesia. aku rasa tak payah la kot. sebab dalam citerr ni pun dia dah feel yang dia adalah sorang hero yang sama-sama berjuang menuntut kemerdekaan indonesia. pada aku kerja sorang pelakon sebelum berlakon tu dia kena feel siapa diri watak tuh. kalau bawa watak penyangak kena feel sampai rasa cam penyangak. kena tau watak tu lahir kat mana, adik beradik berapa orang, mak bapak hidup lagi ke idak. kena tau background watak tu secara total. bukan setakat kontrol mimik muka, pastu gerak-gerak tangan kaki semua. kalau tak, sama la cam berlakon blue jek. buka seluar, raba-raba pastu uh-ah uh-ah!!! takde feel watak langsung.
sama gak cam kalau nak komen filem, tak cukup kalau cuma tau apa tu plot, tema etc; kena gak tau berlakon tu apa, camne nak berlakon. ingat senang ke kalau setakat kutuk-kutuk citerr tak faham jalan cerita, tema tak sampai, etc tapi tak tau berlakon tu apa?
tengok citerr ni aku rasa syahdu sket la. nak-nak lagi bila time dia ajar anak dia ngaji. sebijik cam arwah atuk aku. cara dia didik anak memang sedikit keras. tapi dia cam mak bapak orang lain gak, nak tengok anak dia jadi orang (but of course, dengan semangat jawa. yeaaah! hidup jawa!!!!)
*kaki bakar* gak ingatkan kita jangan jadi lembik. biar tertekan camne pun teruskan melawan. jangan menyerah aje. hidup mesti diteruskan. tapi kalau melawan tu pun ada gak batasnya.
tapi satu je aku frust ngan citerr ni. tengah sedap-sedap semangat aku terbakar tiba-tiba citerr tu abis. hampeh betul la. kenapa citerr besh camni diorang buat pendek sangat? kalau citerr ntah hapa-hapa tu boleh je diorang buat sampai dua tiga jam? hark hark hark!!!