Tuesday, December 11, 2001

aku cari pemenang untuk entry ke2000 la. ENTRY KE2000!!!! BUKAN KE200! korang salah tengok nih. hark hark hark!!!
heh! aku memain jek. tahniah untuk fajar. dan bebanyak terima kasih pada semua peserta yang telah bertungkus lumus menjayakan cabaran ini. jika korang tidak berjaya cuba lagi sehingga berjaya. kegagalan hari ni bukan bererti gagal selamanya. usaha tangga kejayaan.
meskipun ada suara-suara latar yang mengatakan fajar bermain tipu untuk memenangi entry ke200, aku tidak boleh berbuat apa-apa kerana untuk cabaran ini tiada undang-undang. anything goes. hard core gilerr nih. lebih panas dari 'Summer Slam'. lebih ganas dari 'No Mercy'. lebih menggemparkan dari 'Armageddon'. kalau ko nak sign guestbook pakai kaki kerusi atau meja pun aku terima. kalau nak suruh kucing ko signkan pun aku terima gak. kalau nak sign dari 1 sampai 200 berturut-turut pun aku takleh buat apa. sebab pemenangnya cuma untuk entry ke200. siapa yang tulis entry 200 tu dia la yang menang. ;)
mungkin di lain kali aku akan buat cabaran sign guestbook ala 'Tripple Threat' atau 'TLC (Table, Ladder and Chair)' mahupun apa-apa cabaran yang aku terpikir nak buat di masa depan. mungkin, aku akan hanya terima penyertaan yang disign selepas kul 4 pagi sahaja. segalanya mungkin. atau mungkin aku nak tengok siapa yang boleh tahan sign guestbook aku selama 24 jam. tapi untuk setiap satu entry kena lebih sepuluh baris yang setiap baris plak mengandungi sekurang-kurangnya sebelas patah perkataan.
atau mungkin nak lebih mencabar, korang tidak boleh sign guestbook pakai nama sendiri tapi kena sign pakai nama orang yang korang rasa patut terima hadiah tuh. hark hark hark!!!
erk.. burrp!! alhamdulillah!
wokeh la, dengan berakhirnya cabaran untuk entry ke200 ini, aku menjemput plak korang untuk menyertai cabaran sign guestbook jiGOMorrison untuk entry ke500.
but this time aku takmo tolong. ni kira aku tolong ni. dah dekat-dekat entry 200 aku ingatkan lagi sekali ada cabaran. but for the next challenge, kalau lupa melepas. ;p~~~~
now. one last question before we go on: ARE YOU READY FOR ROCK AND ROLL?!!!!