Saturday, January 19, 2002

aku tau korang mesti pernah dengar pasal 7 keajaiban dunia kan? antaranya piramid, tembok besar china dan taman tergantung babylon.
ataupun mungkin baru-baru ni korang ada terbaca pasal 7 wonders of the web.

kat sini aku nak persembahkan 7 wonders of geng jurnal.
tapi perlu diingatkan kat sini, sebenarnya 7 bukanlah angka yang cukup besar untuk cover semua geng jernel yang kita ada sekarang nih. aku rasa kalau ko sanggup spend masa 24 jam untuk jelajah semua jurnal pun belum tentu ko dapat cover semua. dalam perkiraan aku, ramai yang bersetuju dengan nama-nama yang aku pilih untuk masuk dalam list ni . kalau ada yang tak berapa setuju tu aku takleh buat apa. cuma aku harap ko leh listkan nama sendiri sebagai the 8th wonder of geng jurnal. tapi suka diingatkan di sini bahawa aku tidak menerima sebarang kontrak untuk membina lebuhraya, lapangan terbang atau projek pembalakan dari mana-mana nama yang tersenarai di sini.

1. mie
sole owner/developer of geng jurnal merangkap presiden pergerakan militan yang paling dikehendaki. usahanya untuk menyatukan semua penulis jurnal malaysia dan asia tenggara di bawah satu bumbung patut dihargai. setakat ini 153 penulis jurnal sudah bergabung. cuma aku harapkan moto "sehati sejiwa" bukan sekadar impian dan harapan yang tidak mungkin terkabul sampai kiamat.

2. mat jan
ikut pandangan aku, antara kroni-kroninya seperti kak max, memori dan kak p-nut, mat jan la yang paling menyerlah pada golongan muda yang nak baca sesuatu yang menghiburkan dan pada masa yang sama berinformatif. jurnal dia ni antara jurnal pertama yang aku jumpa dan aku suka sampai sekarang. sebabnya? mat jan (sekarang bergelar Y.B) banyak berinteraksi dengan pengunjung. lawak-lawaknya bukan kosong tapi buat kita berfikir dan idea serious yang dia lontarkan tu pun selalu dipandangnya dari sudut yang berbeza.

3. tok ghimau
pemilik lawak tanpa permit. pernah dilabel sebagai penyokong berhaluan kiri. tak pasti plak aku samada dia pernah terlibat dalam acara main kejar-kejar ngan FRU. heh!!! dia ni pun pakar bahasa gak cuma aku rasa kengkadang dia rasa payah nak luahkan apa yang terbuku dalam kepala hotak dia tu. antara faktor yang menyebabkan ia berlaku ialah kerana kepala hotak dia tu sarat ngan benda-benda lain. tapi aku pilih dia masuk dalam list ni sebab idea yang diluahkan tu walaupun separa masak kalau diolah boleh bikin satu skrip yang bermutu tinggi.

4. ultrojo
bukan senang nak cari penarik beca yang tahu pasal PHP. hark hark hark!!! tu je info yang aku boleh share ngan korang. nanti dia takmo belanja aku makan mee rebus lagi kalau aku cerita semua. kalau nak tau lebih lanjut pasal dia turun la JB. mana la tau, kalau beca yang ko naik tu dia yang tarik. ;p

5. rafthah
journalist dari seberang tambak yang pakar dalam gerakan gerila dan cukup masak dalam strategi pemgeboman guestbook orang. jasanya amat besar dalam memenuhkan hasrat sera mencapai matlamatnya untuk entry guestbook ke2000 dalam masa yang singkat. beberapa guestbook lain pun dia bom gak. takut aku ngan dia nih. cuma ngan guestbook aku jek dia tak suka bom sebab... ntah la. aku pun tak tau kenapa.

6. rudy
kalau tak kenal rudy sesia je join geng jernel sebab dia ni fofular. nampak je kecik tapi semangat juangnya kuat.

7. fajar
ni satu lagi member yang fofular. tapi nak faham apa dia tulis tu korang kena tau asas cryptography. sebab kengkadang bahasa yang mudah pun dia boleh olah menjadi permata yang bersinar di celah kerikil yang bertaburan di jalan. erk.. ni semua pengaruh dia la nih. hark hark hark!!!