Friday, February 22, 2002

aku suspect handphone aku cicir kat mana-mana.
hari ni aku ada tugas khas. membeli borang permohonan lesen kat Medan Mara dan Grand Seasons Hotel.
pagi tadi aku rasa aku dah masukkan handphone tu dalam kocek depan beg. tapi tak tau la, mungkin masa tarik keluar dompet aku, handphone tu pun mencampakkan diri kat mana-mana ntah.
hm.. buat aku terpikir. ini la akibatnya kalau jarang/lambat (*buang yang mana tidak sesuai) 'berhubung' ngan Tuhan. Dia tarik salah satu cara untuk berhubung dengan orang lain lak. nasib baik aku tak bisu dan pekak terus. kalau tidak lagi parah.
aku harap handphone tertinggal kat kedai sebab pagi aku memang aku tergocoh-gocoh nak keluar.
walau apa-apa pun, maafkan aku Tuhan. terima kasih kerana masih sudi mengingatkan aku. :|