Sunday, June 02, 2002

aku harapkan nigeria dapat mengalahkan argentina tadi cam senegal mengecewakan france... tapi kecundang gak hero-hero afrika nih.
it's not that i hate argentina. i just love the underdogs more. they play as if they got nothing to lose. not much pressure. no reputation to maintain. senang camtu kan? live up life not up to anybody's expectation? tak perlu buktikan apa-apa untuk dipandang mulia.

kadang-kadang hidup ni lebih mudah bila kita dianggap bodoh. walaupun kengkadang sakit jiwa juga bila dipandang hina. tapi dalam "kebodohan" itu, banyak juga ilmu yang masuk. ilmu yang kalau engkau dianggap pandai tak ramai yang mahu berkongsi.

masa aku kerja 7-E dulu, ada sorang customer yang selalu bagi semangat kat aku supaya kerja kuat dan jujur. mungkin cara aku menampilkan diri aku tidak nampak seperti orang yang berpelajaran. ;) aku tidak salahkan atau marahkan dia. malah aku lebih selesa berhadapan ngan situasi ni jika dibandingkan dengan soalan-soalan, "kenapa tak cari kerja lain?"

dalam "kebodohan" itu la aku dapat belajar tentang kehidupan. aku lebih selesa menjadi katak. kerana bagi aku burung yang terbang tinggi pun takkan tahu apa yang ada dibawah tempurung.