kuasa tuhan.
turun kat stesen BTR, aku rasa pelik sikit. jalan masih kering. belum setitik hujan pun turun lagi sedangkan aku dah basah lencun. turun dari bas 174A di depan hospital kl, hujan memang dah turun ngan lebatnya. aku takde pilihan lain, selain berlari tanpa payung saja ke stesen Titiwangsa untuk ke BTR. sesampai aku ke stesen Titiwangsa, memang abis basah lencun. aku duduk dalam tren macam tikus kena rendam. air menitik membasahi lantai tren. aku percaya kalau orang tu naik di Stesen BTR mesti dia pelik. hujan takde ribut takde lantai tren boleh basah plak.
kalau tak kerana janji memang tak hingin aku meredah hujan lebat. ditambah pula ngan mood aku yang kurang baik. nasib baik la aku ni kalau marah, cuma terbakar dalam hati jek. kalau betul-betul terbakar, mungkin pagi ni keluar berita mayat seorang lelaki yang ditemui rentung dalam hujan lebat!!!
makin lama aku stay kat opis, makin banyak kerja yang dicampak kat aku. nak print pun mintak aku buat. dah la dokumen tu aku yang scan dan edit. pastu bila boss sederhana besar mintak baru terhegeh-hegeh nak print. nama jawatan di card lain tapi sebenarnya skop kerja aku cuma taraf opis boy jek. :|
tu dah menambahkan satu lagi sebab musabab kenapa aku perlu berhenti. setengah orang kerja sebab nak kejar kepuasan. setengah orang plak sebab nak kerja wang besar. aku? puas takde wang pun kurang. kalau ada wang besar mungkin terubat juga hati yang sakit tapi bila poket kosong, hati pun parah baik berhenti jek. sekurang-kurangnya dosa mengumpat tu boleh dikurangkan.
"berhenti jangan tak berhenti!"

<< Home