Friday, November 15, 2002

ada plak orang forward soalan-soalan susah nak jawab pagi-pagi nih. yang ditanya tu pun bukannya, "Nak buka kat mana hari ni?", "Nak makan apa buka nanti?", "Nak beraya kat mana tahun nih?" ataupun "Bila nak mula bershopping untuk Raya?"

berikut adalah petikan dari email yang aku terima:

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
1. Mengapa orang Islam sembah Kaabah
2. Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
3. Mengapa di akhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
4. Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
5. Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya?