Wednesday, April 30, 2003

hampir pukul 3.00 pagi. masih lagi berkonspirasi di putrajaya. hark hark hark!!

jangan risau. aku bukan penikam dari belakang, mahupun pemain lubang belakang. jika mahu bertikam, aku akan membiarkan kau siap menghunuskan keris sebelum mula menyerang.

tapi dalam realiti, aku bosan untuk berpencak. maaf, jika entry kali ini tidak disusun dalam gagasan idea yang mudah dihadam. terlalu banyak idea yang yang sekian lama terkepung dan sudah beberapa kali aku berjanji untuk melaraskannya. tapi janji hanya tinggal janji.

"perception is reality," kata seorang teman.

banyak yang aku pelajari dari dia malam ini. :D kasi dia kembang setaman sket. bukan selalu aku puji orang pun.

aku? masih seperti ini. masih gagal menterbalikkan dunia.