Thursday, May 20, 2004

kembali ke zaman akan datang

aku ketawa terkekeh-kekeh membaca blog aku budak setan.



blognya berkisar tentang dunia remaja (atau lebih tepat tentang ketidakupayaan mengawal kestabilan hormon).

blog aku budak setan luahan jiwa yang jujur. walaupun jujur adalah sifat yang terpuji (kerana kejujuran tidak boleh sama sekali disamakan dengan sifat hipokrit) tapi sesekali kena juga diawasi kerana sesetengah kejujuran boleh meninggalkan kotoran degil dalam kotak pemikiran pembaca.

walaupun begitu, aku benar-benar kagumi gaya penceritaan dan lenggok penulisan Jo. bersahaja dan lebih dari selalu memang nakal (kadang-kadang terlampau juga kenakalannya). kenakalannya terserlah dalam dialog-dialog 'stream of consciousness' yang dicondongkan.

tapi seperti yang aku cakap tadi, blog ini memang jujur. tidak perlu berpura-pura baik kalau dah memang setan. kalau ada yang tidak gemar dengan kejujurannya, boleh juga tinggalkan nota untuk Jo, jika dia selalu berfikir dengan menggunakan k*neknya 'adiknya'! ha ha ha!!

sebaik sahaja habis membaca segala arkib blog ini, aku tertanya-tanya adakah Jo benar-benar seorang remaja yang sukar mengawal hormonnya ataupun seorang yang sudah cukup dewasa tapi berkeras mahu mengembalikan kesegaran dunia remaja dalam hidupnya.

walau siapapun Jo ni, dan walau di manapun dia berada, aku ucapkan syabas untuknya. blog ini benar-benar meraikan kejujuran walaupun ia hanya keluar dari mulut (dan jari jemari) seekor budak setan!!