Monday, October 22, 2001

hari ni ramai betul budak kat sini. nak kata tempat ni best sangat, tidak gak. nak kata aku ensem, jauh panggang dari api. nak kata aku layan customer ngan baik, hmmm... ikut mood aku la. dari aku buka kedai tadi diorang cam takde aktiviti lain selain dari bermain games dan chatting. cuba kalau kat sekolah camni kan besh. maksud aku kalau la dalam kelas diorang buat apa yang pelajar harus buat; *belajar*.
anyway, aku ada assignment baru. akak (cikgu yang aku citerr dulu) datang dan mintak aku tolong carikan info dalam internet. dah lama aku tak surf the net search for information. nampaknya skill research aku dah tumpul sket. ;p
resume aku dah siap, tapi kena polish balik. nak publish pun tak sampai hati. hark hark hark!!!
semalam mat jan singgah sini. tapi betul gak dia cakap, full screen ni menyusahkan orang nak surf. heh heh heh.. tu la tujuan aku sebenarnya. tapi aku nak bagi tips camne nak surf tanpa keluar dari sites aku nih. ni untuk yang suka buka banyak sites. ko gunakan Alt+Tab dan pilih la sites mana yang ko nak surf. diulang lagi sekali Alt+Tab BUKANNYA Alt+F4. tapi aku rasa script full screen ni tak berapa jadi dalam netscape. tak tau la, tu masa aku test dulu kat segamat.
dan bila dalam full screen dan korang nak gi page sebelumnya ko guna la backspace. selamat mencuba.
so wokeh la, aku nak sambung searching sambil-sambil jaga bebudak kat luar nih. takut diorang riot la plak. hark hark hark!!! hariooos!