Monday, November 26, 2001

Psikoanalisis jiGOMorrison oleh Dr. �Freud� Ghimau (seperti yang dikutip dari guestbook aku sendiri.)

Psikoanalisis jigo Chp. 1: Seorang lelaki selalu memuaskan hati orang yg. tersayang. Beberapa kali aku lihat dia, berbelah bagi samada untuk bersama Geng Jernel atau utk bersama Borg. Sesekali ku lihat Jigo membawa makanan dan minuman kepada Borg. Aku ada gak Psikoanalisis Borg, dia sebenarnya mahu berada dlm kelompok Geng Jernel tapi dia rasa "out of place". Dia tidak kenal semua. Andailah, Jigo punya power, sudah pasti dia bantu Borg buat jernel agar mereka berdua boleh bersama dalam Geng Jernel. Dan jigo mungkin tidak risau-risau lagi. To Be Continued: Ini baru chp 1. Aku dulu dapat A dlm psychology dan philosophy.
Psikoanalisis Jigo Chp. 2: Adapaun Si Jigo ini datang dari Johor maka minatnya pun macam anak-anak Johor yg lain. Dia minat classic rock, M. Nasir dan lagu2 puisi, dan beliau tidak berapa nak gemar boy band yang tumbuh macam kulat dewasa ini. Image yg dibina oleh Jigo adalah imej sempoi jean & t-shirt. Ini menunjukkan dia tidak suka berpura-pura. Kira macam WYSIWYG. Jangan sampai kesempoian ini menipu anda, dia seorang yg amat bijak. Pernah bersekolah di asrama penuh dan bertenggek di menara gading bertaraf antarabangsa. Tidak hairanlah tulisannya mengumpul banyak peminat. Rambutnya dibiarkan bebas tanpa censor atau digunting. Ini pula menggambarkan kebebasan yang dimiliki tika ini. Tiada lagi kongkongan warden, tiada lagi pak guard menyaman dan oleh kerana jauh diperantauan... suara ibuayah meleter pun kurang kedengaran. Jigo amat menghargai kebebasan ini. Namun begitu dia tidak menyalahgunakan kebebasan ini kerana dia tahu mendisiplinkan diri sebagai seorang muslim. Dia tidak tinggal sembahyang dan terawikh juga selalu buat. Azamnya adalah untuk cukupkan 30 hari Ramadhan berterawikh. Janggut yg disimpan oleh Jigo bukan untuk menghensemkan diri tapi bertujuan mengikut sunnah. Begitu untungnya Borg mendapat Jigo. Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang.
Berita baik: Engkau sekarang di persada Div. 1 Piala Bookmark Tok Rimau. Malangnya aku tidak boleh buktikan sebab bookmark aku tak online. Kenapa engkau nombor satu? 1) Kerana kau update hari-hari.2) Cerita engkau menarik 3) Sengaja atau tidak, kau mempromosi aku:) Dan kriteria keempat akan ku ceritakan dalam chp 3 Psikoanalisis Jigo. Chp3. Psikoanalisis Si JIgo. Antara sebab lain kenapa aku datang ke sini adalah aku dan jigo berada di gelombang pemikiran yg sama. Aku perlu hanya melihat diriku untuk mengetahui Jigo. Kata orang, cermin diri adalah sahabat anda. Jigo seorang seni. Ini terpancar dari segi penyusunan bahan dalam website ini. Namun begitu, minatnya dalam seni tidak kesampaian hingga ke sistem pendidikan formal. Dari segi training, dia seorang Jurubahasa. Aku tahu, jika diberi peluang untuk belajar lagi, JIgo akan memilih jurusan Digital Art ataupun bisnes. Namun begitu bab bisnes ni, aku tak mau cerita kat sini. Sekian Psikonalaisis Jigo. Jigo mungkin buat kesimpulan atau komen. Kalau dia tak buat, jangan marah aku, "Jernel Dia Sukati Dia la." p/s; Selalu gezbuk komen website, kali ni website kena komen gezbuk.

* kalau korang nak dengar komen dan ulasan selari dari aku, kena la tunggu esok sebab aku rasa cukup la untuk hari nih pembentangan psikoanalisis aku oleh tok ghimau ni. Catch ya later bebeh!!