guestbook berbanner? hmmm.. memang cantik. tapi aku takut kalau banner tu takleh loading, atau boleh loading tapi banner lain lak takleh loading terus buruk page aku nih. ;) permintaan ditolak.
ahmad fairus mintak aku cerita pasal aku dan puasa. sempena puasa yang akan berlangsung esok dan mood aku pun agak baik hari ni, aku tunaikan permintaan dia.
dari dulu memang aku suka puasa. so memang takde la insiden-insiden curi-curi makan dalam reban ayam ke hapa. anyway, memang aku tak duduk kampung. satu-satu tempat yang aku tau ada reban ayam ialah rumah lama arwah atuk aku kat Mandai, Singapore. sekarang ni dah pecah dah. lepas pecah keluarga atuk aku pindah ke flat di Yishun. aku ada bagitau korang ke yang arwah atuk aku penduduk tetap singapore? nenek aku memang warganegara singapore. in fact, bebepara orang makcik dan pakcik pun orang singapore. erk... tapi hari ni aku nak citerr pasal aku dan puasa la. citerr pasal yang lain-lain ni aku citerr dalam edisi akan datang wokeh?
seperti yang aku cakap tadi, aku memang suka puasa. terima kasih pada mak bapak aku, dari kecik aku dah dilatih berpuasa. bukan separuh hari, full day beb! dan aku boleh tahan berpuasa walaupun tak bersahur. tu yang aku gelak je kalau aku dengar orang cakap, "aku tak puasa la hari ni sebab semalam tak sahur." apakebenda la lu mamat, aku yang kurus keding cam cicak 'kurt' corbain pun leh tahan. cuma awal-awal Ramadhan je aku sahur, pas dua tiga hari tu dah wokeh takyah sahur. cuma masa kat rumah jek, mak aku selalu paksa aku minum milo masa sahur. pada aku bantal dan mimpi tu lebih enak dan lazat berbanding ikan goreng dan nasi. ;p
tapi satu je insiden ponteng puasa yang aku rasa cukup brutal. masa tu aku kerja kat 7-E. aku memang puasa hari tu, tapi pagi tu, bila aku datang kerja, aku kira duit tak cukup dalam lebih kurang RM100.00. aku tengok diorang pun tak buat correction kalau-kalau tersalah punch. hilang akal ke hapa!!
aku pergi depan cari journal cash register semalam . aku check every transaction malam semalam. aku kira duit dalam tidel nak pastikan takde duit yang terlebih dalam tu. memang sah diorang tak buat correction. opis dah call nak mintak cash report semalam. aku takleh bagi lagi sebab aku kena pastikan betul-betul short ke idak. aku mula terbakar. staff aku buat apa semalam?
darah terus menyirap naik ke otak. aku memang takleh kontrol lagi. aku hempas pintu backroom. aku sepak kerusi. aku terbalikkan meja. staff aku yang kerja shift pagi kat depan dah mula gelabah. dia mula buat-buat rajin kemas stor, stocking barang etc. kul 11 lebih member aku yang kerja manager kat 7-E Taman Sentosa datang. dia ketuk pintu, aku pun takleh buka sebab bucu kaki pintu kayu tu dah terkeluar dari frame pintu. tapi akhirnya boleh gak buka. dia tengok backroom aku betul berselerak. dia tanya aku kenapa. aku diam jek sambil check journal yang bergulung-gulung tuh. dia tolong cari sekali. aku keluar dari backroom, beli rokok kat kaunter. aku nyalakan rokok kat backroom. member aku terkulat-kulat tengok aku hisap rokok ngan selamba. dia pun capai rokok dan nyalakan sekali. aku tengok dia. aku gelak. dia cakap, "aku tengok kening ko dah terjongket. takut aku nak tegur." aku gelak lagi.
aku sambung cari lagi dan akhirnya cash report aku siapkan dalam kul 12.00 tengahari. hari tu memang hari yang memenatkan. bukan penat berpuasa. erk.. aku pun dah ponteng puasa kan hari tuh? aku rasa puasa pun tak penat camtu, sebab abis semua tenaga aku keluar. nak kata setan punya kerja diorang dalam tahanan masa tuh.
lepas buka puasa ngan sebatang rokok tu aku nyesal. tapi nak buat camne? lepas raya je cepat-cepat aku ganti puasa tuh.
encik khairul ingatkan aku, "puasa itu satu ibadah". tapi aku rasa keseluruhan hidup kita ni pun sebenarnya satu ibadah. cuba la ko tengok pokok-pokok, bintang-bintang tu semua. camne diorang beribadat? diorang puasa ke? gi haji? kita yang hidup lengkap ngan segala sifat untuk menunaikan seluruh perintah Allah pun kengkadang terlajak gak. renungkanla.

<< Home