sebenarnya aku dah serba salah nak buat psikoanalisis tapi dipaksa gak aku buat. peringatan pada tok ghimau, jangan nyesal eh? dan untuk semua, ini cuma sebahagian dari apa yang terlihat pada mata kasar. tidak semuanya boleh diterimapakai bulat-bulat.
so inilah jawapan untuk menjawab soalan yang bernilai satu ribu ringgit: Siapakah Harimau Jadian?
dari jauh lagi aku dah nampak sorang lelaki berpakaian baju bunga-bungaan yang berwarna-warni ngan dua orang anaknya (sorang daripadanya berbaju biru serba lengkap) dan isteri terchenta. aku cuba meneka, boleh jadi spyz atau tok ghimau. tapi firasat aku berat mengatakan tok ghimau sebab sebelum tu aku dah telepon dia, dia cakap dia dah nak sampai. tambahan pula bila kurenung-renung wajah isteri serta anak-anaknya itu, hatiku bagai menjerit, "macam pernah kulihat diorang ini, tapi di mana ya?" hek hek hek!!!
seperti yang terlihat, dia mudah mesra dengan semua orang. ramah menyapa sesiapa kenalan yang sebelum ini hanya dapat dikenal di alam maya sahaja. bibirnya tidak lekang dengan senyuman. sesekali menoleh ke arah anak-anak tersayang. ternyata dia seorang bapa yang penyayang dan sabar dalam mendidik anak. dia cukup bijak memujuk anak dan tak kesah mendodoi anak. dia ada potensi menjadi babysitter yang bertauliah juga seorang suami yang boleh bertolak ansur.
seperti yang tertulis dalam journalnya sendiri, dia mengaku yang dia seorang yang berada dalam kategori sanguine-popular. tapi aku tak berapa percaya, kerana bagi aku antara sanguine-popular dan choleric-powerful tu boleh bertindan seperti juga melancholy-perfect boleh bertindan ngan phlegmatic-peaceful. cuma dalam waktu ini, mungkin sifat-sifat sanguine itu yang mendominasi personalitinya. tapi esok lusa tidak mustahil dia boleh bertukar menjadi choleric-powerful.
sesekali dia merokok untuk menghilangkan rasa ngantuk atau mungkin rasa bosannya. Dunhill 7, pikir aku, mungkin tok ghimau nak berenti merokok. aku terdengar dia memberitau anaknya, "ni last, lepas ni papa berenti." ceh... tapi lagi sekali aku tak percaya kerana selang beberapa minit kemudian sebatang rokok lagi hinggap di bibirnya dan asap mula berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidungnya.
walaucamnepun, dia sorang ketua yang bertimbang rasa dan boleh menerima pendapat anak-anak buah. dia suka kepada ilmu pengetahuan dan tak malu untuk belajar dari rakan-rakan geng jurnal yang jauh berganda-ganda lebih muda darinya.
sorang yang berkaca mata, tok ghimau juga sorang yang gemar kepada cerita-cerita klasik contohnya pak pandir, sang kancil dan sebagainya. sebagai contoh, ketika najmi menarik janggut aku ni, dia berkata, "teringat aku ngan cerita badang." malah sesekali dalam journalnya dia mengambil contoh dari kisah-kisah klasik tersebut sebagai ulam untuk menyedapkan cerita. malah semasa gathering itu pun, sesekali dia memujuk (mengugut?) anaknya yang mahu mandi di tengahari terik itu dengan berkata, "nak jadi macam anak pak pandir?". begitu la kuatnya pengaruh kisah-kisah klasik dalam keluarga tok ghimau.
kengkadang tulisannya sering disalaherti, tapi dia tak bermaksud nak sakitkan hati sesiapa. dia memang begitu, suka bergurau. kata-katanya tepat, kerana dia pernah belajar linguistics dulu. tetapi orang susah meneka samada dia bergurau atau serius sebab setiap patah perkataan seakan keras menghentam gegendang telinga. seperti yang selalu diulangnya, "gurauan harimau memang kasar."
soalan terakhir sebelum aku tamatkan sesi psikoanalisis bersama tok ghimau: kenapa dia hendak mengelirukan semua geng jurnal dengan satu karakter yang bernama Ghazali? malah dalam jurnalnya juga dia sisipkan sekali gambar bersama harimau. adakah dia takut ngan nama sendiri hingga dia mahu bersembunyi di balik bayang-bayang harimau jadian? atau dia mahu menjadi lagenda yang masyhur? atau menjadi superhero yang selalu disebut dalam journalnya? entah la mungkin hanya dia dan tuhan saja yang tahu. tapi aku pun dah tahu nama dia Ghazali sebab aku ternampak lesen memandu dia. tak usah kelentong la. hark hark hark!!!!

<< Home