Tuesday, January 01, 2002

aku dah lupa camne nak repair komputer tu. hampeh betul la. tapi rasanya aku kena try set-up system balik. tapi tu pun kena pasang CD-ROM dulu. nanti la aku buat.
aku sampai pagi semalam. dari JB kul 12 malam. permegian aku tak diiringi dengan air mata mahupun hujan gerimis hatta gerhana bulan sekalipun. aku selamat sampai kat KL lebih kurang kul 5 pagi.
"macam bercinta ngan budak sekolah", kata borg bila tengok aku berambut gonjeng dan tak berjanggut. nak buat camne? kalau aku tak potong rambut camne nak gi interview kerja baru? heh!!
aku ingat takmo gi kedai gunting dan gunting sendiri jek pakai mesin. mesin potong rumput gunting rambut pun aku dah beli. aku tak abis gunting lagi, tok ghimau dan keluarga datang beraya. aku tak salahkan dia. aku yang tak senonoh. dah tau orang nak datang beraya, ada ke aku gi gunting rambut kat belakang? lain la kalau aku gi kedai, senonoh la gak. ni aku gunting sendiri. aku harap tok ghimau tak kecik hati. mintak maap eh tok, anak cucu tumpang belajar. hark hark hark!!! tima kasih datang beraya.
anyway, lepas tok ghimau sambung rayathon dia, aku gi kedai gunting nak trim rambut aku. resultnya, jigondrong bertukar jadi jigonjeng. kui kui kui!!!!
kalau dulu masa rambut panjang sekali siram air kat kepala, muka mesti lambat basah. tapi kali nih, sekali siram je jangan kata kepala, muka aku pun abis basah. senang sikit kalau nak mandi wajib. hark hark hark!!!!
alhamdulillah! akhirnya aku pun lulus interview tu. isnin depan leh start kelija. tapi kerja ni kontrak dulu 2 bulan. kalau dalam tempoh ni aku perform well, cerah masa depan aku diserapkan jadi permanent staff. terima kasih atas sokongan kengkawan semua. i lap u all bebeh.
malam semalam aku gi shopping sebab lemari baju aku penuh ngan t-shirt dan jeans jek. gi shopping semalam dapat la dua tiga lai baju.