blueshades, aku rasa aku kenal wonderwoman tapi aku tak pernah dengar wonderman. tapi ada satu lagi wonder yang aku rasa ko pun cukup kenal tapi aku takleh cakap sini sebab takut orang label aku pervert. hark hark hark!!!
hampeh ko mat jan. ko jangan lupa. kalau pun ko calonkan aku untuk kategori enam jahanam, masih ada 5 lagi kekosongan.
spyz, aku setuju ngan magnificient 7 tuh. tapi aku takut redundant ngan 7 wonders tuh. tapi aku tak kesah kalau ko tukar nama kategori ni kepada magnificient 7.
dig, aku rasa ko salah guestbook la. kat sini aku yang buat pilihan nombor berapa yang aku nak kasi hadiah. dan takde sesiapa pun berhak untuk tentukan hadiah apa yang dia nak. ye aku masih ingat lagi projek RM 4.00 ko tuh. hark hark hark!!! anyway, sila semak entry aku yang lepas-lepas untuk tau nombor bertuah yang berikutnya. dan tolong semak sekali syarat-syarat pertandingan. aku takmo ko disqualified nanti. aku takmo tulis kat sini nombor bertuah yang berikutnya sebab aku takmo rosakkan keseronokan ko.
sebab ramai sangat yang seronok bercakap pasal hadiah hari nih, aku nak ajak korang mengira bersama aku.
1 minggu ada 7 hari. 4 minggu ada 28 hari. kalau ditolak ngan 4 ahad dan 3 sabtu yang tinggal ialah 21 hari bekerja.
tambang STAR dari Sg. Besi ke Masjid Jamek ialah RM 1.80. tambang Putra dari Masjid Jamek ke Gombak ialah RM 2.10. dan tambang feeder bus ialah RM 0.50.
sekarang kalikan 2 untuk pergi dan balik. totalnya RM 8.80.
pastu kalikan plak 21 hari. totalnya RM 184.80.
tu baru tambang jek. belum lagi campur makan minum beserta bekalan nikotina dan tar aku.
mungkin pada korang apa la sangat RM 184.80 tuh. tapi bagi aku cukup besar. nak nak lagi buat aku yang baru nak belajar nak hidup sempurna. gaji pertama pun belum tahu bila masuknya sebab aku belum jadi permanent staff lagi. cuma contract jek. kalau diorang bagi check lagi payah sebab aku kena tunggu lagi beberapa hari kerja untuk dapat. tu semua aku nak pakai untuk settlekan bil telepon yang dah banyak bulan sangkut. dan nak kena bayar gak duit insurans aku. nak tak nak kena bayar gak sebab kalau jadi apa-apa kat aku kalau aku lambat bayar, memacam alasan diorang leh bagi untuk delay atau terus tak bayar aku. mungkin korang tak tau sebenarnya aku takde gaji bulan lepas.
aku tulis semua ni bukan sebab aku nak simpati korang atau pinjam duit korang. cuma aku harap korang leh faham keadaan aku sekarang. KALAU aku mampu, memang aku tak berkira sangat pasal hadiah-hadiah nih. betul aku cakap. kalau ada lebih apa salahnya makan ramai-ramai kan? tapi masalahnya sekarang satu habuk pun takde. nak makan apakenama?
anyway, kalau nak aku belanja jangan la mintak sekarang. tunggu la dua tiga bulan lepas aku kerja. kasi aku stabil dulu. worait?
aku tak marah kat korang. aku sayang korang semua. aku tau korang gurau je ngan aku pasal hadiah ni semua. tapi ada masanya aku memang takleh diajak bergurau. perut aku lapar, badan aku letih, otak aku penat. banyak benda kat tempat kerja yang buat aku pening. aku tau aku akan nyesal tulis camni. aku mintak maaf. tapi kalau ada yang takmo maafkan aku dan boikot sites aku yang ntahapahapa nih, aku terima jek.
"ko boleh bergurau ngan some people all the time,
ko boleh bergurau ngan all people some time,
tapi ko TAK boleh bergurau ngan all people all the time,
dan ko gak TAK boleh bergurau ngan some people some time."
erk... ada sesiapa lagi yang nak hadiah?!

<< Home