Friday, January 04, 2002

haiyakkkkk!!!! tinggi betul imaginasi cikgu midad ngan tok ghimau. kitorang baru jemput gi open house kat rumah mak bapak borg. tapi aku lupa nak padamkan rumah pengantin pompuan kat peta tuh. heh heh heh!!!
come on la tok, aku rasa kalau aku nak kahwin ko mungkin geng jernel yang first yang akan aku bagitau. insya'Allah. kalau tak, siapa yang nak jadi tok khadi bestman aku? hark hark hark!!!
sebenarnya aku plan gak nak tengok-tengok duit untuk kahwin tahun nih. hari yang kitorang pilih kalau jadi tahun nih ialah 20/02/2002. tapi kalau semak balance dalam buku-buku bank aku rasanya cukup-cukup untuk amik lesen memandu dan gi honeymoon kat maldives kursus perkahwinan jek. ahaks. ceh!!! malu aku nak citerr kat korang ni sebenarnya.
terpaksa la kitorang tengok tarikh lain yang sesuai tahun depan contohnya cam 20/03/2003 plak ke? heh!!! takpe takpe. nanti kalau aku jadi, aku jemput korang semua eh? ultrojO leh jadi driver aku. kui kui kui!!!!
ceh... baru citerr pasal dia sekali tutup la plak. aku harap dia boleh buka sites dia balik. uwaaaaaaaaargg!!! uwaarghh!!! buka la weiii!!! apa nih? camne geng-geng johor nak mengganas? tak besh la camni!!
erk... bila tengok gambo raya tok ghimau, aku baru teringat yang kak hart pun sebenarnya beraya gak ngan rumah aku. ceh!!! lupa nak mention. tima kasih akak kerana menjayakan rayathon 2002 bersama tok.