Wednesday, April 10, 2002

bahasa melayu kita sebenarnya tidaklah terlalu mewah. malah untuk bercerita tentang warna pun kita masih ketinggalan. sebagai contoh, kita ada 'merah' untuk 'red', tapi sayangnya tiada perkataan yang ringkas untuk 'scarlet' atau 'pink' melainkan 'merah pekat' dan 'merah jambu'. 'pekat' dan 'jambu' digunakan untuk menerangkan kepekatan 'merah'.
mungkin juga kerana masyarakat melayu sendiri bukan terdiri dari mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia lukisan atau fabrik.

kalau tidak silap aku, kaum eskimo mempunyai perkataan yang berbeza untuk menerangkan jenis-jenis salji. mungkin untuk salji yang turun pada waktu tengahari mempunyai nama yang berbeza dengan salji yang turun pada waktu malam. ;)
itu sebagai contoh sahaja. aku sebenarnya pun tak tahu bagaimana bahasa eskimo itu digunakan secara tepat dalam menerangkan maksud salji. ;p

ini sebenarnya boleh dianggap sebagai satu counter attack untuk teori "bahasa boleh mempengaruhi budaya sesuatu bangsa". fakta bahasa eskimo seolah ingin menyatakan "persekitaranlah yang mempengaruhi perkembangan bahasa bukan sebaliknya".

tapi aku lebih suka ambil jalan tengah. aku percaya yang persekitaran memang penting dalam memainkan peranan untuk perkembangan bahasa. tapi bahasa juga memainkan peranan dalam mengukuhkan budaya sesuatu bangsa bila mempengaruhinya dan mewarnainya dengan suatu nilai yang sukar dilihat sekilas pandang.
...to be continued. again?