Friday, May 10, 2002

Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah halaman,
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di telapak tangan


ntah kenapa aku suka sangat dengan pantun nih. mungkin sebab ada perkataan mati kot? dan ada sense of intimacy dalam pantun tu. hendak mati pun dekat jek. dan hendak berkubur dalam genggaman orang yang disayang. ;p tapi kenapa tak mahu berkubur dalam hati orang tu jek eh? mungkin sebab kalau dalam genggaman ko boleh rasa. hati kau tak boleh rasa dengan tangan. tapi kenapa tak mahu berkubur dalam lidah jek? sebab lidah ada liang deria yang paling banyak berbanding anggota deria yang lain?!

erk... aku mungkin silap tafsir pantun nih. ampun tok nenek, anak cucu tumpang belajar.

anyway, aku tengah ngantuk maut nih. berapa besar mata boleh dibuka dalam menahan ngantuk? erk.. korang pernah tak ngantuk sangat sampai biji mata tu rasa berpusing-pusing jek? well... aku pernah. hark hark hark!!!!

NO.. i'm not drunk. i'm just delirious. forgive me. :|