Thursday, June 06, 2002

terbaca kat site nett yang dia nak ke perlis. aku pun tak pernah sampai jauh-jauh camtu. paling jauh kelantan ngan terengganu masa aku join budak-budak teater buat show kat sana. ;)
cubaan aku nak memujuk dia gi camping tak berapa menjadi. sebaliknya, mie pula yang menjadi mangsa kutukannya. berikut adalah petikan dari perbualan YM kami:

nett00: apesal mie kena ada?
nett00: hehe
deadkafka: dia kan kaki camping
nett00: mie bukannya reti kaamping
deadkafka: takkan ko nak ajak aku jek?
nett00: mie pasang unggun api pon tak reti
deadkafka: ceh..
nett00: haahahaha
nett00: cari kayu api lagi la

** ** ** **
kami jangkakan camping akan diadakan sekitar bulan ogos. sesiapa yang nak join leh kasi nama sekarang kat aku. ;p tempat mungkin kat tioman. bukan area challet. tapi kalau ada sesiapa yang nak bercamping tapi takut nyamuk atau malas nak masak baik jangan kasi nama. anda dinasihatkan agar tidak menyusahkan diri anda dan jangan sakitkan hati dan jiwa kengkawan yang memang nak bercamping.