Wednesday, July 10, 2002

kenapa ramai siswazah melayu yang menganggur? nak kata ramai yang salah pilih aliran semasa di universiti pun tak berapa tepat kerana mengikut adysyah ramai jek bebudak melayu yang bijak-bijak. ramai je siswazah melayu yang grad dalam bidang IT, engineering, bio etc. tapi kenapa masih ramai yang tidak bekerja?
kau pernah tak tengok iklan kerja yang mana kau akan dihantar ke salah sebuah negara di Afrika tapi kau dikehendaki fasih berbahasa mandarin? pelik gak aku, berapa ramai sangat la orang Afrika yang tau berbahasa Mandarin. setahu aku, orang Afrika yang fasih berbahasa cina pun cuma ada dalam filem-filem Jackie Chan jek. atau mungkin penduduk Hong Kong dah berpindah beramai-ramai ke Afrika selepas China mengambil alih Hong Kong? bukan diorang pindah ke Kanada ke? atau mungkin Kanada tu di benua Afrika sebenarnya? ntah la, korang pikir la sendiri.
beberapa bulan yang lalu ada plak skim graduan menganggur untuk siswazah yang menganggur. aku tak pasti la plak apa input yang akan diberi pada penganggur-penganggur terhormat kita nih. tapi aku rasa kalau susah-susah sangat nak dapat kerja, diorang patut amik je la kursus bahasa mandarin atau kantonis.
satu hari nanti kita kena akui gak, tanah melayu ni bukan melayu yang punya. Tanah Melayu yang ada pun cuma tinggal di gerabak dan stesen KTM. lambat laun, bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah pun dalam bahasa inggeris. ni plak, aku suggest siswazah yang masih tidak bekerja belajar bahasa mandarin atau kantonis. ye la, dah bertahun-tahun kau penat belajar bagai nak pecah kepala otak di universiti tapi bila kau apply kerja, kau ditolak mentah-mentah sebab tak boleh berbahasa mandarin atau kantonis. hangin tak kau?

** ** ** **

air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang!!!