Monday, July 01, 2002

komen pujangga: Alah macam mana nak isytihar pengharaman rokok kalau masih banyak kelemahan, ko ingat agak� mahathir nak isytihar ker pengharaman amalan kroni?

Perokok-perokok sekelian patut berterima kasih kepada orang tua tu kerana melarang Majlis Fatwa Kebangsaan dari mengisytiharkan rokok itu sebagai haram atas alasan tidak mahu berlaku perbalahan dan menjaga kestabilan bangsa dan ugama. ;)
Amalan kronisme? Adakah hanya UMNO dan Barisan Nasional saja yang mengamalkan kronisme?! Orang di Sungai Buloh tu pun pernah didedahkan terlibat ngan amalan kronisme, cuma bila berada di pihak pembangkang sahaja orang-orang yang tidak sealiran dengan kerajaan buat-buat tak tahu dan buat-buat tak nampak. Betul ke PAS atau DAP bersih dari amalam kronisme? Adeh! adeh senak perut aku!!!
Jangan amalkan sistem perundangan double standard? Gajah seberang laut nampak, dinasour depan mata buat-buat tak nampak. Takkan nak tunggu kena pijak ngan dinasour baru nak ngaku dinosaur tu ada depan mata?
Amalan kronisme dalam politik Malaysia ni memang dah lama wujud tanpa mengira parti mana. Kalau tak mau mengaku pun tak bererti amalan tu tak wujud. Mungkin namanya berbeza, tapi amalan tu tetap sama. Adakah kronisme UMNO berbentuk lebih memihak kepada bangsa atau lebih memihak kepada sedara mara? dan kronisme PAS itu benar-benar berdasarkan persaudaraan Islam atau persaudaraan parti?
Kita hidup di zaman siapa engkau atau apa yang kau tahu tidak penting. Siapa yang kau kenal tu yang orang nak pandang.

The end justifies the mean? maknanya, sama dengan kau menghalalkan wang hasil judi untuk menunaikan haji atau berbuka puasa dengan benda-benda haram. The end= tujuan yang murni, the mean=apa-apa saja!!!

** ** ** **

"inilah dia lakonan hidup
di pentas dunia insan berduka
tipu dan daya pencapai maksud
budi dan harta merangkum dosa"
- dinyanyikan oleh Tan Sri S.M. Salim

tak kira la berapa kali aku dengar lagu ni, aku akan tetap berasa sebak. mungkin sebab rentak lagu nih. mungkin juga sebab lenggok suara Tan Sri yang mengharukan.