"kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang"
petikan dari filem Seniman Bujang Lapok ni memang popular. Even bebudak yang dilahirkan selepas zaman Allahyarham P. Ramlee pun tau ayat nih.
Aku cuba nak faham, kenapa bila sesetengah orang tua tu digelar sebagai berada "di ambang senja" sedangkan bila menyambut hari lahir orang ucapkan "semoga panjang umur". adakah berumur panjang itu sebenarnya satu kecelakaan dan seharusnya kita lebih baik mati awal? kalau begitu kenapa perlu berdoa meminta Allah panjangkan umur? Bukankah lebih baik jika kita tahu kita ni banyak dosa terus saja berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku, kau cabutlah nyawa aku sekarang! Janganlah kau biarkan aku bernafas walau sedetik lagipun kerana aku ni amat berdosa padaMu ya Allah."
Aku tau ada sepotong doa yang membolehkan kita berdoa supaya mati awal jika itu yang terbaik untuk kita. dan doa itu tidaklah seganas contoh aku tadi.
Teringat juga aku dengan sepotong lagu yang berbunyi, "Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya."
Umur yang panjang tapi jika tidak diisi dengan amal yang baik tiada gunanya. Aku terfikir, mungkin Allah beri umur yang panjang tu sebagai memberi kesempatan untuk bertaubat jika banyak dosa. Mungkin juga Allah mahu beri peluang untuk memperbanyakkan lagi amal.
Dan umur yang pendek seakan sinonim ngan dosa yang kurang. Sebab itu mungkin, kanak-kanak terus masuk ke syurga jika mati semasa kecil. Tapi cuma ruginya kerana dia tak sempat beramal banyak. Tapi itu pun bergantung atas pilihan apa yang dibuatnya nanti. Dosa atau pahala? Dan kita yang hidup ni tau kadangkala betapa sukarnya membuat pilihan.
Mana satu yang lebih teruk? Pendek umur tapi banyak dosa atau panjang umur tapi kurang pahala?
Mana satu yang lebih baik? Pendek umur tapi kurang dosa atau panjang umur tapi banyak pahala?
"Kita datang ini satu roh satu jasad,
bila pulang nanti, bawa dosa bawa pahala."

<< Home