Friday, June 14, 2002

Bullshitasi bahagian keempat

Filem Melayu seperti kekurangan hero. Dari dulu sehingga sekarang, jika kita melihat contoh beberapa filem Melayu (selepas zaman Jalan Ampas) hanyalah Hang Tuah dan Hang Jebat. Sebagai contoh, XX-Ray 2 membawa penonton kembali ke zaman silam dan bertemu Hang Tuah dan Hang Jebat. Kemudian filem Tuah pula membawa Hang Tuah ke zaman kita. Filem animasi Tuah Legenda pun berkisar tentang kepahlawanan Hang Tuah lima bersaudara. Nampaknya, filem-filem zaman 60an lebih aggressive dalam membongkar dan menaikkan hero-hero Melayu yang lain. Kalau tiada Filem Melayu lama, rasanya Badang dan beberapa hero melayu yang lain tiada peluang untuk muncul di layar perak.
Adakah penulis kita sudah malas menggali budaya sendiri dan mahu cari jalan mudah dengan menggunakan hikayat yang sudah ternama sahaja? Rasanya masih banyak lagi kisah-kisah dari Sejarah Melayu yang belum difilemkan. Masih banyak lagi hero yang patut dipertonjolkan.
Aku bukan anti-Hang Tuah dan memperlekehkan kepahlawanannya. Cuma aku rasa Hang Tuah yang dipertontonkan masih berwajah lama. Begitu juga Hang Jebat. Berilah nafas baru pada kepahlawanan Hang Tuah dan Hang Jebat. Atau jalan lain, buka peluang pada hero-hero lain untuk muncul.
*Kisah Datuk Maharajalela pula sayangnya masih tersangkut. Entah sempat atau tidak filem tu difilemkan?