Monday, June 10, 2002

iklan syampoo yang tidak menunjukkan sehelai rambut sekalipun? hebatkan?

tapi sebenarnya syarikat rokok lagi hebat. dah berbelas-belas tahun diorang boleh buat iklan rokok tanpa perlu menunjukkan sebatang rokok pun. hatta, kau nak nampak asap (tak kira la asap apa pun) dalam iklan rokok pun susah.
diorang boleh buat iklan bola, racing, golf, perlancongan palsu, konsert, kereta, lori, motor dan macam-macam lagi. malah tak lama dulu, masa sejenis rokok baru diperkenalkan member aku ingat iklan tu iklan kopi. ;p

sekarang ni pun dah ada trend baru dalam pengiklanan rokok. buat iklan anti rokok. ni bukan cerita lawak jenaka. philip morris dah buat iklan tu. slogannya "Think. Don't smoke' but at the end, more people begin to smoke.

sedikit masa dulu, kita pun ada iklan larangan menjual rokok pada anak ABU (Anak Bawah Umur) tapi sekarang ni dah takde. mungkin iklan tu menyebabkan lebih ramai anak ABU mula merokok hingga ia terpaksa dihentikan. ;)
kalau kerajaan yang taja iklan tu seratus peratus, memang syarikat rokok la yang untung sebab kerajaan boleh buat free advertising untuk cigarette companies.
tapi kalau cigarette company tu yang taja iklan tu pun diorang still untung gak sebab mendatangkan pengguna yang baru. menang jadi arang, kalah jadi abu (bukan anak ABU).

sekarang ni pun ada gak iklan anti rokok tapi keberkesanannya amat diragukan. ironinya, iklan rokok tak pernah tunjuk rokok, tapi iklan larangan merokok tunjukkan rokok.

*sempena menyambut minggu ke3(?) tanpa rokok. pesanan ikhlas untuk mereka yang masih merokok. udah-udah la tu. ;)

** ** ** **

"If you want your dreams to come true, don't oversleep."
--Yiddish proverb

"If a man would move the world, he must first move himself."
--Socrates

"Opportunities are often things you haven't noticed the first time around."
--Catherine Denueve

"The early bird may get the worm, but the second mouse [to the trap] gets the cheese."
--Anon.

"I think we consider too much the good luck of the early bird, and not enough the bad luck of the early worm."
--Franklin D. Roosevelt

"The trouble with being punctual is that nobody's there to appreciate it."
--Franklin P. Jones