Tuesday, June 11, 2002

Bullshitasi bahagian pertama

Jika mahu dibandingkan filem melayu dan filem luar memang la tidak setara. Tak perlu kita bercakap soal kesan khas tu semua. Kalau kita bercakap benda-benda asas dalam filem seperti tema, plot, suntingan, dialog dan lain-lain pun sebenarnya kita masih jauh ketinggalan. Filem kita, masih tidak menunjukkan jiwa kita. Malah nak menunjukkan wajah pun masih tak nampak lagi walaupun yang berlakon, mengarah, menulis skrip dan segala krew produksi tu kebanyakkan berwarna kulit seperti aku dan engkau, berambut hitam dan tidak bermata biru atau hijau.
Dilema yang sering dilontarkan ialah keperluan filem untuk membangunkan budaya bangsa yang berwawasan. Tapi sehingga kini, kita masih lagi tercari-cari hala tuju sebenar kerana sebenarnya kita sudah lupa pada asal tunjang bangsa kita sendiri. Filem kita sebenarnya kosong. Bila ditanya kenapa begitu, ramai penerbit yang mengatakan penonton kita masih belum bersedia. Ada juga yang memberi alasan, filem yang bersifat intelektual sukar dijual. Kita sedar yang penerbit filem juga adalah peniaga. Adalah satu kesilapan besar untuk tidak memenuhkan permintaan penonton. Tapi harus diingat, permintaan majoriti juga tidak selalunya betul. Benda yang salah kalaupun disokong oleh ribuan orang tetap salah dan benda yang betul kalau disokong walau hanya seorang pun akan tetap betul.
Jadi sampai bila, bangsa kita masih mahu lagi disogokkan dengan cerita cinta tak kesampaian, atau adegan karut-marut yang keterlaluan? Janganlah terlalu mementingkan soal komersial sehinggga perlu menggadaikan maruah bangsa atau memperbodohkan bangsa sendiri!!