Monday, June 17, 2002

Siri Bullshitasi direhatkan sebentar.

** ** ** **

Read between the lines

Pak Samad: Memang tampak lazimnya mereka yang telah "terlalu berjaya'' mudah menyalahkan malah selalunya memperkecil - kegusaran bangsanya sendiri, khususnya dalam bidang ekonomi dan pelajaran. Berulang kali sebenarnya hampir sentiasa gemar dipersalahkan "rakyat'', padahal siapa yang memimpin rakyat? Ternyata watak-watak begini seperti terlupa bahawa kejayaan mereka selalunya secara tipis direndahkan oleh magisnya "kuasa'' dan miracle politik. Terlalu sering serentak dan senafas dikocakkan keyakinan rakyat. Tapi, percayalah, kepada rakyat yang gusar dan "dipersalahkan'' inilah biasanya nanti mereka datangi lima tahun sekali demi menyambung dan memperkekal kedudukan mereka. Dan mestinya, tidak syak lagi dalam bahasa Melayu cakap dan pujukannya.

* dipetik dari Selera dan rezeki sastera.