Tuesday, July 16, 2002

sia-sia je la ngaku ulamak kalau mulut cam p***mak!!

otak aku hari ni bukan setakat nak kentut, malah nak termuntah, terkencing dan terberak sekali. sorry tok rimau, kalau tok guru dah kasi lesen maki orang takkan takmo pakai kan? ye la cakap baik-baik pun takmo dengar, baik la maki terus. sekurang-kurangnya orang toleh, ye tak?
orang tua tu dah nak mampus bersara pun masih lagi kena maki hamun carut marut. hmmm.. orang nombor dua yang belum berkesempatan duduk di kerusi utama pun dah kena gelar penjual babi yang nak jadi nabi. heh heh heh!!!

salah orang tua gak, ko masukkan dia tu dalam ISA banyak kali sangat. ntah virus apa dah masuk dalam kepala otak dia. langsung takleh betul. sikit-sikit nak mencarut. dulu masa anwar al-juburi dalam UMNO pun kena gak sedas dua. tapi lepas dia disingkirkan takde plak dengar carut marut itu lagi. tapi rasanya belum terdengar lagi kata-kata maaf keluar dari mulut dia. hmm..

lantak ko la nak mencarut, jangan sampai nanti susah nak mengucap dah la. kau sepatutnya lebih tahu halal haram. bukankah berulang kali dalam Qur'an menyebut jangan kau tergolong dalam golongan yang melampaui batas? jaga dulu benda-benda yang remeh ini. islam bukan terletak pada rukun iman dan rukun islam saja. akhlak pun harus dijaga. nak-nak lagi kalau kau anggap diri kau sebagai pewaris nabi.

aku harap korang tak kata dahi aku dah bercop "anjing yang beriman". berulang kali aku cakap, aku ni berkecuali. aku bukan pengundi atas pagar mahupun pengundi hantu sebab aku tak berdaftar sebagai pengundi pun. sia-sia je la kalau korang nak sorokkan IC aku. ;p

memang betul islam dan politik itu tidak harus dipisahkan. tapi tunjukkan contoh teladan yang baik. berpolitik cara islam, kalau kau akui islam itu cara hidup kau. tak guna nak berpolitik mengikut fahaman zionist. the end should not justifies the mean.

bagaimana kau nak akui kau ini pewaris nabi kalau kau abaikan Qur'an dan hadith? bukankah itu harta pesaka yang nabi tinggalkan untuk kita semua? lupakah engkau? itu peringatan untuk dirimu jua, jiGOMorrison. jangan jadi hipokrit!!!!!