Bullshitasi bahagian ketujuh
Masa kecik-kecik dulu aku cukup suka betul dengar drama radio No 5 Persiaran 1. Masih terngiang di telinga, "Di depannya masjid, di belakangnya minimarket"! Tak lupa juga pada bangsawan radio yang disiarkan oleh salah sebuah stesen radio Singapura yang bercerita tentang Tuan Puteri dan segala macam jin! Ahhhh!! Sungguh mengasyikkan sekali dunia aku waktu itu.
Tapi aku tak pernah cuba menulis skrip drama radio kalau Blueshades tak beritahu aku tentang Peraduan Drama Raya ERA yang menawarkan RM10 ribu sebagai ganjarannya. Thank you!!! Who's gonna pay you RM10 thousands for writing bullshits? hark hark hark!!!
Walaupun menulis untuk filem atau tv sebenarnya lebih sukar tapi untuk menghayatinya amat mudah. Kita tak perlu menerangkan segala-galanya dengan dialog. Kalau nak menunjukkan kesedihan pun tak perlu dialog yang berjela-jela. Cukup dengan menunjukkan raut wajah pelakon atau cuaca yang suram. Tetapi bila menulis untuk skrip drama radio, hampir segala-galanya bergantung pada bunyi dan suara. Penghayatan pendengar mungkin terganggu oleh bunyi bising.
Jika pelakon filem dan tv banyak bergantung pada raut wajah dan bahasa tubuh, pelakon drama radio pula hanya bergantung pada gaya pertuturan dan intonasi suara dibantu dengan bunyi suasana sekeliling untuk menimbulkan mood yang sejajar dengan skrip. Itu aku rasa sukar, jadi tak hairanlah kadang-kadang pelakon yang sudah agak berumur tapi suaranya dipinjamkan untuk memegang watak sebagai remaja dalam drama radio. Dan ada pula pelakon remaja yang suaranya diguna untuk memegang watak Opah!
Dan untuk memantapkan skrip radio itu lebih menyulitkan kerana kita sudah semestinya tidak mahu terperangkap dengan dialog yang tidak membantu perkembangan watak dan jalan cerita. But if the listeners have to know then you have to tell them. That's the golden rule. Unless you know what you're doing, don't try to break it!
Filem dan drama tv lebih mudah dihayati. Penghayatannya lebih holistik. Total. Sebagai contoh, itulah sebabnya ramai orang boleh menangis bersama Shah Rukh Khan bila menonton Mohabattein walau tak faham sepatah haram pun apa yang dia bebelkan. erk... ada sesiapa tak yang pernah menangis bila dengar drama radio tamil?!
Walau apapun kemungkinannya, ini merupakan satu kepuasan untuk aku kerana dapat menyiapkan skrip 10 episod untuk peraduan tersebut dalam masa kurang dari 48 jam! Alhamdulillah! Ada orang lebih mudah menulis bila berada di bawah tekanan. Idea keluar macam air terjun. Sayang sekali peraduan itu cuma memerlukan seorang saja pemenang. :|
Bila aku baca balik skrip yang sudah dihantar tu pun sebenarnya aku rasa masih boleh dimantapkan lagi. Aku nampak banyak lagi kelemahan skrip tu tapi peraduan tersebut dah tamat pada 17 Nov lepas. Nak edit pun tak guna. Harapan aku untuk memenangi RM10 ribu tu pun sebenarnya tak berapa tinggi. Aku dah ikat unta, sekarang bertawakal sahajalah pada Allah.
*Terima kasih sekali lagi kepada Blueshades kerana memberitahu aku tentang peraduan ini walaupun agak terlewat. Juga arigato gozaimas Tok Rimau sebab susah payah cut and paste contoh skrip drama radio Drama Merdeka ERA. Dan tak lupa juga, mucho gracias kepada beberapa rakan; Eliza, Nett dan Khairul yang banyak memberi sokongan dan idea selama menyiapkan skrip tersebut.
Heh!! Like I said, I'm not sure if I have a chance of winning this contest. Tapi kalau menang, aku nak jemput semua geng Ratusan Ilham makan sate!!!! Insya'Allah! :)
**previous Bullshitasi

<< Home