aku tertarik ngan tulisan Ku Seman dalam pojok Getaran Seni semalam. antaranya dia menulis, "Ketika Indonesia semakin terputus dari akar budaya, karya-karya Chairil Anwar tidak dilihat besar dan relevan dengan orang muda berjiwa pop di Indonesia. Tetapi sejak sehampir lalu, Chairil menjadi fenomena di kalangan anak muda atau remaja yang di bangku sekolah. Mereka mencari kembali antologi puisi Chairil Anwar".
Tambahnya lagi, "yang mendorong remaja kembali menyelak puisi-puisi Chairil Anwar tidak lain kerana filem Ada Apa Dengan Cinta (A2DC)."
aku bukan mahu mengulas kehebatan filem A2DC hingga boleh menyebabkan remaja minat kembali membaca hasil buah tangan Chairil Anwar. tapi aku cukup tertarik ngan fenomena di mana orang membaca kerana filem. masa filem Harry Potter keluar dulu, berduyun-duyun orang mencari buku Harry Potter. semasa filem Lord of the Rings meletup di pawagam, ramai juga yang tercari-cari karya Tolkien yang tebal tu.
rilek. jangan salah faham. :)
aku tidak memandang hina ataupun mencemuh golongan yang membaca kerana filem. dulu pun, selepas aku menonton Silence of the Lambs baru aku membaca novel Thomas Harris tu.
filem diakui memang berkesan sekali untuk menyalurkan propaganda malahan juga alat periklanan yang popular.
... sambung nanti la.

<< Home