Friday, December 20, 2002

Cerita satu
Almari besar di tingkat tiga. Entah apa pandainya arkitek yang reka bangunan tu, lift semuanya jauh-jauh. Mahu tidak mahu, mereka gunakan tangga saja. Akhirnya, dengan badan yang hampir basah dan nafas yang hampir putus, berjaya juga empat orang sahabat membawa almari besar itu turun ke tingkat bawah yang baru diubah suai.
Sesampai di bawah, mereka terpaksa pula berhati-hati memasukkannya ke dalam bilik kerana barang-barang pejabat seperti komputer dan fail-fail masih lagi bersepah-sepah di lantai. Oleh kerana ruang yang amat terhad itu, almari tidak dapat dimasukkan melalui pintu bilik. Seorang sahabat memberi cadangan supaya almari besar itu dimasukkan melalui tingkap yang masih belum dipasang cermin itu. Mereka semua bersetuju dengan cadangan itu dan akhirnya almari itu berjaya juga dimasukkan.

Mereka tidak mahu merapatkan almari ke dinding yang satu lagi kerana tidak mahu menutup tingkap. Oleh yang demikian, empat orang sahabat ini mesti merapatkan almari besar itu ke dinding yang tidak bertingkap. Ikut apa yang mereka perhatikan di bilik sebelah, almari itu mempunyai sedikit saja ruang yang lebih untuk sebelah kiri atau kanannya. Maka seorang sahabat ditugaskan untuk menjaga di antara dinding dan almari sementara yang lain pula mengangkat dan menolaknya hingga almari betul-betul rapat ke dinding.
Tapi setelah berkali-kali mencuba, almari gagal dirapatkan ke dinding. Almari itu tersangkut di dinding. Dinding partition yang baru didirikan petang itu sudah tercalar dan tergarit. Mereka semua hairan kenapa almari di bilik sebelah boleh muat tetapi almari di bilik itu pula tersangkut.
Akhirnya, salah seorang sahabat mencadangkan pula supaya almari sebelah dipindahkan ke bilik itu, sementara almari yang mereka baru turunkan tadi ke bilik sebelah.
Hari sudah larut malam. Mereka semua mahu balik rumah. Kerja banyak lagi maka mereka tak mahu membuang masa bertekak. Mereka bersetuju sebulat suara untuk memindahkan almari sebelah ke bilik itu kerana mereka fikir sudah tentu almari di bilik sebelah itu kecil sedikit dari almari yang mereka baru turunkan tadi. Seorang pun tidak terfikir untuk mengambil pita pengukur.
Akhirnya almari di bilik itu dikeluarkan dulu sebelum almari di bilik sebelah dapat disumbatkan. Maklumlah ruang sekangkang beruk. Kalau beruk yang mengangkang tu membuang air memang parah mereka semua.
Bila almari bilik sebelah berjaya dimasukkan ke bilik itu maka mereka pun berusaha merapatkannya ke dinding seperti yang mereka persetujui tadi. Malangnya usaha mereka itu juga gagal. Mereka semua sudah letih. Masing-masing menyumpah. Kalau ada malaikat bersama mereka dalam bilik itu, mungkin dia sudah hilang separuh daya pendengarannya.
Ketika tiga sahabat lain sudah mengesat peluh dan pening-pening kepala, seorang sahabat terfikir untuk mengukur almari itu. Bila diukur ternyata kedua-dua almari sama besarnya. Jika almari bukan masalahnya, hampir pasti dinding bilik itulah penyebabnya. Rupa-rupanya memang ternyata dinding bilik itu tidak sama lebarnya dengan dinding di bilik sebelah.

Cerita dua
Sebuah negara dengan penduduknya lebih 20 juta orang. Beberapa buah parti politik�.