Monday, November 25, 2002

Dalam hidup ini tiada jawapan yang mudah untuk setiap persoalan. Sesetengah jawapan tu susah benar nak ditemui, walaupun kita dah lontar fikiran kita jauh ke dasar lautan mahupun ke langit tinggi. Kau lihat tapi kau tak nampak. Tapi kadang-kadang jawapan tu ada di depan mata. Tidak perlu nak meraba-raba. Itulah rahmat Allah pada makhlukNya. Cuma kita sahaja yang malas nak memikirkannya.

Ada sesiapa yang boleh mengaku diri tu sebagai seorang yang pakar dalam bidang politik? Yang peliknya dalam bidang yang tiada orang boleh mengaku pakar ini, hampir setiap hari kita mendengar orang bertekak parti mana yang betul dan parti mana yang salah?

Dan aku rasa hampir semua orang bersetuju yang bidang agama lebih berat dari isu politik semasa. Anehnya, kita suka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan persoalan yang sukar. Benda yang berat suka benar diambil ringan, dipandang remeh. Bila datang soalan susah, kita lari jauh-jauh atau pekakkan telinga dan berkata yang ulama� ada jawapannya. Takut pening kepala?!

Kadang-kadang aku terfikir juga, perlu ke semua kemusykilan agama nak diserahkan pada ulama� untuk jawapannya? Sesetengah tu ada yang kita boleh jawab sendiri walaupun kita sedar ilmu di dada masih cetek. Aku rasa kalau semua perkara berkaitan agama kita nak serahkan pada ahli agama untuk menyelesaikannya, bukankah itu boleh dianggap sebagai salah satu bentuk sekularisma? Memisahkan agama dari kehidupan seharian? Pada ulama� mana pula kau nak serahkan hal-hal agama kau tu? Ulama� PAS atau ulama� UMNO?

Atau mungkin tindakan itu boleh juga diertikan sebagai cuba membangkitkan kembali amalan kasta kaum Hindu yang mempunyai kasta Brahma yang hanya layak bercakap soal agama? Jika kita anggap Islam itu pegangan kita, kenapa kita tak sanggup pertahankannya dengan darah dan nyawa kita sendiri? Kenapa perlu diserahkan apa yang kita pegang untuk ditentukan oleh orang lain? Kenapa kita tak cuba selidik sendiri apa jawapannya?

Setahu aku, Islam bukannya dogma. Islam bukannya agama yang tidak boleh dipersoalkan. Islam ni penuh dengan logik. Islam tu adalah cara hidup, kebudayaan atau tamadun. Dari mula bangun tidur sampai masuk tidur kita diajar bagaimana nak berniaga, berpolitik, bersosial dan sebagainya. Bahkan cara menjaga kebersihan dan adab berpakaian pun diajar sekali.

Dan kita diberitahu yang Islam ini sesuai untuk sepanjang zaman, untuk setiap lokasi. Oleh itu, Islam itu sudah sepatutnya buat orang Islam lebih terbuka bukannya lebih jumud yang menanti apa saja fatwa yang datang dari mulut ulama�. Kalau tidak, takkan dalam Qur�an banyak kali kita dinasihatkan supaya berfikir. Jika Islam itu dogma, mungkin ayat Qur�an hanya bertulis satu perkataan sahaja, �Buat sahajalah, jangan banyak tanya! Ikut apa saja imam/ulama� katakan pada kau!�

Maaf! Aku bukan mahu bersikap biadap pada sesiapa. Jauh sekali pada Allah. Tapi rasanya perlu kita memikirkan tentang soalan-soalan yang mungkin diajukan oleh pendakwah-pendakwah Kristian diteliti dengan sedalam mungkin. Cubalah cari jawapannya. Berdampinglah dengan mereka yang tahu. Bertanyalah pada tok-tok guru, walaupun kau mungkin akan dipandang serong dan dicop sesat oleh umat Islam sendiri. Tidaklah nanti kita diketawakan orang yang mengata kita ni Islam sebab mak bapak kita Islam. Kalau kita tak berapa faham apa yang kita percaya, bagaimana kita boleh katakan apa yang kita pegang selama ini betul?!

Kalau tak silap aku, Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengingatkan kita supaya tidak mempersoalkan Qada� dan Qadar. Selain dari perkara tersebut, carilah jawapannya. Insya�Allah, pasti akan ketemu jawapannya.

Aku sendiri tak mempunyai jawapan untuk semua persoalan yang diajukan tempoh hari. Tapi rasanya aku tau kenapa Nabi Isa a.s yang akan diturunkan pada akhir zaman dan bukannya Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, umat Islam percaya yang Nabi Isa a.s. tidak mati di palang salib. Baginda telah diangkat ke langit oleh Allah. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. telah wafat dan dikebumikan.
Kedua, kita semua percaya yang Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir. Penutup segala nabi dan rasul. No doubt about it. Kedatangan Nabi Isa a.s. selepas baginda bukan sebagai nabi atau rasul yang membawa syariat baru. Nabi Isa a.s. datang hanya sebagai umat Muhammad yang menjalankan suruhan Allah berlandaskan apa yang telah disempurnakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Isa a.s. mempunyai tugas khas untuk memperbetulkan kembali kepercayaan kaum yang telah disesatkan itu (Kristian) untuk kembali menyembah Tuhan yang sebenar. Bukan Tuhan yang sanggup melihat dan membiarkan anakNya mati di palang salib untuk menebus dosa seluruh umat manusia tapi Tuhan yang Esa yang tidak beranak atau diperanakkan. Tuhan yang tidak berkehendak pada sesuatu yang lain.

Terima kasih pada Tasia yang sudi berkongsi pendapat untuk beberapa persoalan lain.
Q: Mengapa orang Islam sembah Kaabah
A: Orang Islam tidak menyembah Kaabah. Kaabah atau Masjidil haram merupakan tempat untuk orang Islam unite and gather around. It's a symbol of unity.