Thursday, June 12, 2003

aku manusia songsang

"when it comes to tightness, man is far better than woman."

apa yang kau rasa kalau aku kata ayat di atas tu meloncat keluar dari mulut seorang gay?

bersantai-santai bersama seorang teman di café tebing sungai di ibu kota beberapa waktu dahulu sedikit memeranjatkan aku. tempat itu rupanya kini sudah menjadi tempat berkumpul lelaki-lelaki songsang.

aku pun pada mulanya tidak perasan kerana asyik mengusha seorang awek. wajahnya manis walaupun tanpa make-up. kulit wajahnya putih bersih bagai telur dikupas. satu lubang jerawat pun aku tak nampak. dia berpakaian putih. kainnya lembut dan sedikit jarang. angin jahat bertiup dan baju yang dipakainya itu melekap ke badan. awek tu tidak memakai bra!!!

aku terasa lain macam. erk.. bukan terangsang cuma aku tiba-tiba berasa keliru. takkanlah ada awek yang gitu 'daring' camni. café tu bukannya bertaraf 5 bintang.

aku tengok lagi sekali. kali ini lebih berhati-hati. dadanya leper saja. lebih leper dari lapangan terbang. memang sah awek tu bukan seorang awek. yang lebih meloyakan aku bila dia dikelilingi beberapa lelaki lain. mungkin juga penggemar-penggemar aksi terlampau dengan kaum sejenis. berbagai jenis lelaki. lebih ramai lelaki yang tegap-tegap dari mereka yang memang sah-sah lembut.

aku dan temanku hanya tergelak hingga hampir tersedak. walaupun aku berbangga menjadi manusia songsang tetapi seks songsang bukan salah satu agenda songsang dalam 'senarai-apa-yang-perlu-dibuat' aku.

dalam gelak-gelak tu, hati aku menangis.