Gundoruwo Is From Zargus
Akhir-akhir ini, aku asyik berpusing-pusing dengan masalah yang remeh-temeh dan memualkan. Dibancuh pekat pula dengan tugasan pejabat yang tidak pernah selesai. Aku dilatih untuk menjadi hamba duit hinggakan hari bercuti pun serupa tidak bercuti sebab dipaksa memikirkan soal kerja. Dan yang lebih menyedihkan, aku sudah kehilangan banyak masa untuk lebih mengenali diri sendiri.
Tapi semalam sebab susah sangat nak tidur, aku selongkar balik koleksi kitab-kitab yang aku ada. Toksik pun dah pulangkan kitab-kitab yang aku dah terbangkan beberapa waktu dulu. Terima kasih banyak sebab jaga kitab-kitab aku dengan elok.
Semasa memunggah dan menyelongkar kitab-kitab, aku terjumpa satu kitab yang aku pun dah lupa bila aku pinjam tapi masih ada dalam simpanan aku - Men Are From Mars, Women Are From Venus hasil tulisan John Gray.
Masa aku mula-mula pinjam buku ni dulu, aku tak pernah baca dengan serius. Lagipun, dulu aku baca takde 'feel'. Malam semalam bila aku baca balik, banyak yang aku belajar pasal perhubungan lelaki dan wanita.
Antara yang menarik:
WHEN MARTIANS DON'T TALK
*Jangan risau, aku tak copy & paste macam sorang member aku selalu buat. Aku terjemahkan untuk memudahkan kau dan aku faham. Sekali-sekala, aku akan tambah sedikit rempah ratus untuk menyedapkan pencernaan.
Cabaran paling besar bagi wanita ialah untuk memahami kenapa lelaki senyap. Mulanya wanita akan ingat lelaki ni pekak. Ada pula yang fikir, lelaki tidak memberi perhatian pada apa yang dia cakapkan sebab itulah lelaki tidak memberi sebarang reaksi.
Tapi apa yang sebenarnya berlaku ialah, cara wanita dan lelaki berfikir dan memproses maklumat adalah berbeza sekali. Wanita 'berfikir secara kuat' (dalam erti kata lain: pot-pet pot-pet) dalam berkongsi dengan pendengar yang berminat. Bercakap (termasuk membebel) memang sudah menjadi keperluan asas untuk wanita. Dengan cara membebaskan apa yang tersimpan dalam kepala otak dan berbual tentangnya, ia dapat membantu wanita memperkasakan naluri kewanitaannya.
Tapi lelaki memproses maklumat terlebih dahulu sebelum bercakap. Mereka berfikir apa yang perlu dicakapkan (dan yang tidak perlu) dan cuma sampaikan apa yang paling berguna. Proses 'senyap sambil berfikir' ini boleh mengambil masa dari beberapa minit hingga beberapa jam. Semua ini bergantung pada kesukaran persoalan dan permasalahan yang diajukan padanya.
Yang lebih memeningkan kepala kaum wanita, bila lelaki tidak mempunyai cukup maklumat untuk memberi jawapan, lelaki biasanya akan berdiam diri.
Apa yang wanita perlu fahami ialah, bila lelaki senyap, sebenarnya dia berkata, "aku tidak tahu apa yang aku nak cakapkan sekarang, tapi aku sedang memikirkannya."
Namun malangnya, apa yang ramai wanita fikir bila lelaki tidak memberi sebarang reaksi ialah, "lelaki tak peduli pasal aku dan dia buat tak endah saja. Apa yang aku cakap semuanya tak penting sebab itulah dia tak menjawab."
Dan yang lebih parah lagi (OK!! Ini bukan idea John Gray), ada pula wanita yang berprasangka, bila lelaki senyap dia sebenarnya sedang untuk mencari helah untuk menipu atau berbohong. Makin panjang senyapnya, makin belit putarnya.
Sebab itulah selalunya aku (dan aku rasa ramai lelaki lain) akan terperangkap dalam situasi, "cakap salah, tak cakap pun salah"!! Kadang-kadang, ramai wanita gemar sangat mendesak lelaki supaya bercakap sedangkan lelaki sebenarnya belum bersedia untuk memberi sebarang reaksi.
Apa yang kerap terjadi, bila lelaki dipaksa bercakap sebelum dia bersedia untuk bercakap, jawapan atau reaksi yang diberikan pasti tidak dapat memuaskan hati wanita dan seterusnya boleh membawa konflik dalam perhubungan.

<< Home