Kisah semalam untuk pengajaran hari esok
Dear Emma,
Terima kasih kerana berkongsi pendapat. Aku tidak mahu memaksa dia untuk mencipta seribu satu alasan. Aku dan dia pun sedar, satu penipuan perlu ditutup dengan seribu penipuan. Jadi tidak perlulah dia memecah otak untuk tujuan itu.
Yang aku minta cuma satu alasan dari mungkin beribu alasan yang dia kononnya ada. Tapi kalau memang benar seperti sangkaan kau, yang dia sebenarnya tidak mempunyai satu alasan pun untuk diberi, maka mungkin aku sepatutnya sedar diri dan berhenti menyalak.
Terima kasih lagi sekali kerana mengingatkan aku. Seperti yang selalu kau cakap, "kadang-kadang, apa yang kita nak, itulah yang kita takkan dapat."
Biarlah dia pergi. Aku pun sudah letih mengejar. Seperti kau, aku pun percaya, apa yang kita hilang dari tangan akan terus melekat di hati. Memang tidak mudah, tapi aku kena belajar untuk menerimanya.
Satu lagi pengajaran yang tidak ternilai dari peristiwa tersebut yang boleh aku kongsikan dengan semua. Kadang-kadang, lebih mudah untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Tuhan dari meminta maaf dari sesama manusia.
Aku tidak perlukan apa-apa lagi darinya. Sekadar ucapan, "aku maafkan kau" pun sudah memadai. Tapi sekarang biarlah. Tidak perlu rasanya aku nak meminta maaf sambil menyembah dan mencium tapak kakinya.
Jika dia berkeras tidak mahu memaafkan aku sampai kiamat pun, tiada apa yang boleh aku buat. Memang diakui, memaafkan orang sebenarnya lebih sukar dari meminta maaf.
Jika inilah balasannya untuk segala perbuatan aku, maka sepatutnya aku lebih berfikiran terbuka dan melapangkan dada.
Cuma yang menakutkan aku, kita sudah terlalu berfikiran terbuka hinggakan otak pun bertaburan keluar dari tempurung kepala.
** ** **
"Hai Daud, sebenarnya engkaulah yang lebih baik dipukul."
** ** **
Come on, guys! Sing along with us!!

<< Home