Tuesday, January 13, 2004

manusia dan cermin

kita tak akan sedar betapa buruknya sikap kita jika tidak melihatnya sendiri. tak perlulah kamera video untuk merakamkan itu semua baru kita boleh nampak keburukan sendiri. tidak perlu menunggu perbicaraan di padang masyhar. dengan memandang sekeping cermin pun sudah mencukupi untuk kau nampak segalanya.

tapi ada juga manusia yang tidak mahu melihat keburukan sendiri. jika disuakan cermin pun, mereka hanya nampak yang molek-molek saja. malah ada yang tidak segan-segan memuji diri sendiri, "cantik la aku hari ni."

mungkin nada memuji diri sendiri seperti itu tidaklah seteruk mana. setengah orang berpendapat, itulah cara membentuk fikiran positif. tapi adakalanya bila cermin sudah tiada di depan mata pun, ada yang masih juga mahu memuji diri sendiri.

aku rasa itu agak keterlaluan. dan aku lihat betapa mudahnya untuk memperkudakan manusia seperti ini.

bagi mereka yang sudah bosan berdepan dengan orang berperangai buruk yang suka memandang tinggi diri mereka tapi tidak mahu mengaku keburukan sendiri, caranya tidak sesukar mana. apa yang perlu dilakukan ialah kau bertindak seperti cermin. dan bukan sebarang cermin. jadilah cermin interaktif.

cermin interaktif yang tidak sekadar membalikkan imej orang yang di depan kau mahu lihat tapi kau juga patut tidak malu untuk menyatakan pujian yang melambung-lambung.

hampir setiap orang suka dipuji. dan sikap inilah yang menjadi kunci utama yang boleh membuka pintu kelemahan mereka.

mungkin mereka yang dahagakan pujian ni perlu diingatkan dengan pepatah 'mati semut kerana gula' dengan cara yang sukar. sogokkan mereka dengan pujian dan kemudian hantukkan kepala mereka ke dinding realiti. hantukkan sekuat mungkin!!