Monday, January 05, 2004

berhati-hati bermain api

mudah sebenarnya nak kuasai seseorang itu bila dia marah.

orang yang mudah marah, walau sekuat mana pun dia punya amukan, sebenarnya adalah mangsa yang paling mudah diperkudakan. bila seseorang itu marah, maknanya dia sudah kehilangan daya untuk mengawal dirinya. kemarahan menjadikannya lebih mudah dicerobohi dan dimanipulasi.

ada yang pernah memberitahu, kita akan lebih tahu isi hati seseorang itu bila dia sedang marah. lagi besar kemarahan seseorang itu, lagi mudah dia menyerlahkan isi hatinya. hinggakan tidak mustahil jika kemarahan itu sudah tidak dapat dibendung lagi, maka tidak segan silu terlompat keluar ayat-ayat yang tidak manis didengar dan pahit pula kalau ditelan.

no. i don't believe in 'i-don't-mean-what-i-said' bullshit after an outburst. when you said something hurtful when you're angry, it exactly shows what you really think. it really shows what you really are.

tidak kiralah jika kau berpangkat besar atau berpendidikan tinggi, sekali kau menghambur marah tanpa musabab dan memercikkan pula pada mereka yang tidak bersalah, maka aku tidak nampak ada bezanya kau dengan anjing yang menyalak.

itu bila bercakap soal individu. dan bila berdepan dengan masyarakat lain pula ceritanya.

ada yang berpendapat, tahap kesabaran masyarakat lebih tinggi dari kesabaran individu. walaupun begitu, menular juga bahaya budaya 'mob mentality'. kerana walaupun seorang saja yang melatah, ia bisa merebakkan api kemarahan jauh lebih dalam ke urat nadi masyarakat.

oleh yang demikian, tidak peliklah ada yang berkata agak mustahil untuk menjadi jujur bila berada dalam masyarakat. bukan kerana kita mahu menjadi hipokrit atau hidup berpura-pura tapi kerana desakan dari masyarakat sekeliling yang dambakan suasana yang aman. masyarakat seperti ini sudah semestinya tidak mahukan kita hidup memberontak dan menyinggung perasaan ahli masyarakat yang lain.

maka terbitlah pepatah melayu yang mengajar kita supaya mengembek bila 'masuk kandang kambing'. dan sudah tentulah persekitaran yang sedemikian tidak memungkinkan seseorang itu berkata benar yang sebenar-benarnya; tiada yang benar melainkan yang benar semata-mata. kalau ada yang kedengaran benar pun ialah kebenaran yang tidak dipertontonkan dengan sepenuhnya.

tapi pendapat itu juga tidak membuktikan bahawa masyarakat tidak boleh bersuara jujur. dan cara yang paling mudah untuk mendengar suara jujur masyarakat ialah dengan memulakan provokasi.

provokasi ada beberapa jenis. ada yang boleh digunakan untuk menggali informasi tentang sesuatu pendapat. ada juga yang boleh digunakan semata-mata untuk memancing kemarahan.

kedua-duanya ada gunanya kalau kena pada caranya. asal kau tahu apa akibatnya, mainkanlah api itu.