Alangkah bagusnya jika aku hanya bercanda di pasiran pantai
Secara bergurau dia menegur, "Kau dah buta ke? Tak nampak apa yang aku tulis?!"
Dengan spontan aku menjawab, "Aku pun rasa camtu gak la. Tapi aku takleh pakai cermin mata. Aku nak kena cari contact lense."
Aku hanya bercanda bila mengaku sudah buta. Tapi memang benar, aku tidak boleh memakai cermin mata. Wajah aku bertambah hodoh bila bercermin mata kerana ia akan senget sebelah. Kanta lekap lebih sesuai untuk aku kerana ia tidak perlu disangkutkan di telinga.
Gurauannya walaupun kedengaran agak kasar, sebenarnya berjaya membuat aku merenung dan meneliti keagungan Tuhan. Tiga puluh tahun lebih aku hidup di dunia ini, baru aku nampak apa yang Tuhan nak tunjukkan pada aku selama ini. Tiga puluh tahun lebih sudah berlalu dan tidak ada gunanya lagi untuk meratap hiba atas segala cerca hina dan kejadah apa lagi yang dilemparkan.
Walaupun agak terlewat, akhirnya aku kembali sedar, Tuhan tidak zalim.
Dia telah menggantikan kekurangan aku dengan sesuatu yang baik. Buktinya, mata aku masih elok lagi walaupun sering digunakan untuk melihat benda-benda yang tidak sepatutnya aku tengok. Dan telinga aku, walaupun cuma sebelah saja yang boleh digunakan, masih juga mampu mendengar dengan baik walaupun selalu digunakan untuk mendengar perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya aku dengar.
Dalam belitan kekufuran ini, aku tidak malu untuk mengaku, aku cukup takut menjadi buta dan pekak. Sebab itulah aku cukup marah jika ada yang menjerit-jerit bila aku menelefon. Memang ada ketikanya aku tidak boleh membezakan konsonan-konsonan tertentu bila berbual di telefon, tapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menjerit-jerit sampai berdengung kepala otak aku.
Apa-apa pun, terima kasih kerana menyedarkan aku dengan gurauan itu. Kau telah membuat aku menoleh ke belakang dan mensyukuri setiap detik yang Tuhan telah takdirkan untuk aku.
Walaupun aku dilahirkan cacat dan kadangkala terpaksa berdepan dengan cemuhan dan ejekan, tapi Tuhan telah mengurniakan aku keluarga yang cukup memahami dan banyak bertolak ansur bila berdepan dengan segala kerenah gila aku. Rakan-rakan aku, walaupun tidak ramai, juga banyak memberi sokongan dan dorongan pada aku.
Walaupun kecacatan ini juga kerap membuat aku rasa rendah diri dan tersingkir, tapi perjalanan hidup aku sebenarnya tidak sesukar mana. Pengalaman pahit hidup dalam rasa terhina dan tersisih, sebenarnya betul-betul mengentalkan semangat aku. Hati aku semakin keras. Cuma yang merunsingkan aku, jika ia akhirnya menjadi sekeras batu hingga susah memberi kemaafan.
Seringkali, bila aku harungi kepayahan dan cacian lagi, aku memujuk diri dengan berkata, "Aku dah lalui ujian yang lebih hebat dari ini. Dan aku takkan menangis atau mengalah lagi."
Dan jika ia terlalu pahit untuk ditelan, aku akan berkata, "Argh! Pergi jahanamlah dengan kau! Selama ni pun, bukan aku hidup dengan belas ehsan kau!!" (Should I call this 'dark optimism'?)
Satu keajaiban juga, aku tidak membesar untuk menjadi pembunuh sadis seperti Jason, walaupun aku rasa aku mempunyai bakat terpendam untuk bertindak ganas.
Ok! Enough, jiGO!! Don't go overboard!!
Ini bukan iklan khidmat masyarakat 'hargailah warga istimewa'. Ini juga bukan khutbah tentang konsep hikmah atau hakikat qada' dan qadar. Jurnal aku ni bukan jurnal dakwah. Ini jurnal songsang.
All I wanted to do is to borrow your eyes to look upon this world from my twisted point of view. You could safely keep your sympathy and your sorry in your pocket. Lend them to someone who is in a dire need of seeing what he/she should see.
I've said this a long time ago but allow me repeat it. "I really do appreciate your empathy. But whatever you do, please don't insult me with your sympathy."
Haven't you heard that 'experience is the best teacher'?
Now believe it. And be immensely grateful.

<< Home