Kisah untuk dikongsi dan difikirkan bersama
* Kisah ini bukan idea asal aku. Aku olah sesedap rasa dari kisah yang didengar kelmarin. Untuk menghadam kisah ini, perlu sedikit pengetahuan tentang permasalahan sosial dan politik semasa. Kisah ini menggunakan analogi, metafora dan bullshitasi. Apa pengajaran yang akan kau dapat dari kisah ini?! Baca dan fikirkanlah sendiri.
Terdapat sebuah padang ragut yang luas. Di padang itu terdapat dua himpunan kambing. Di sebelah kiri, satu kumpulan kambing yang berbulu putih. Dan di sebelah kanan pula, satu kumpulan kambing berbulu hitam.
Sang pengembala leka memerhatikan kambing-kambing itu sambil berehat di bawah sebatang pokok yang rendang.
Datang seorang lelaki yang hairan dengan dua kumpulan kambing yang dibahagikan mengikut warna bulu itu.
Dia bertanya pada sang pengembala, "kambing-kambing ni makan berapa banyak dalam satu hari?"
Sang pengembala bertanya kembali, "yang mana satu? Yang putih ke yang hitam?"
"Yang putih."
Sang pengembala menjawab, "yang putih ni makan lebih kurang enam kilo rumput tiap seekor."
Lelaki yang bertanya mengangguk seolah faham. Dia bertanya lagi, "yang hitam ni makan banyak ke? Berapa kilo dia makan dalam sehari?"
Sang pengembala memandang seketika wajah lelaki yang bertanya sebelum menjawab, "yang hitam pun makan enam kilo rumput juga setiap seekor."
Lelaki yang bertanya tadi mengerutkan dahinya. Dia bertanya lagi, "kambing-kambing ni berapa jauh boleh berjalan? Susah ke nak masukkan dalam kandang balik?"

"Yang hitam."
"Yang hitam ni jauh juga berjalan. Adalah dalam lapan hingga sepuluh kilometer. Tapi kalau nak masukkan kandang balik, tak susah sangat."
"Oh! Jadi yang putih ni susah nak tangkap ya? Kambing putih boleh berjalan berapa kilometer?"
"Yang putih pun sama la. Tak susah nak tangkap masukkan kandang balik. Jalan pun antara lapan hingga sepuluh kilometer juga."
"Hah?! Sama juga?" Lelaki itu bertanya lagi, "kambing-kambing ni kalau makan ada tak dia gaduh-gaduh? Rebut-rebut ke?"

"Tak kiralah yang putih ke yang hitam. Susah ke nak jaga?"
Sang pengembala dengan tenang menjawab, "kalau kambing putih ni tak adalah gaduh-gaduh. Elok je makan. Jaga pun tak susah."
Lelaki itu terus bertanya, "jadi yang hitam ni susah nak jaga la ya? Kalau makan mesti bergaduh ke?"
Sang pengembala menjawab, "yang hitam pun sama la. Kalau makan tak ada gaduh-gaduh. Tertib je diorang makan. Nak jaga pun tak susah."
Lelaki yang bertanya mula naik angin.
"Habis tu kalau semuanya sama. Apa yang bezanya?"
Sang pengembala menjawab, "Eh! Ada bezanya. Yang putih tu saya punya."
Lelaki itu mengangguk, "barulah saya faham. Jadi yang hitam tu bukan awak punya la ya? Kambing-kambing hitam tu siapa punya pula?"
"Samalah. Yang hitam pun saya punya juga," sang pengembala menjawab selamba sambil memandang kedua-dua kumpulan kambing di padang itu.

<< Home