duduk dengan selaras senapang dipangkuan
"I can see that you're in the dark abyss somewhere. But I'm terribly sorry. I just can't accompany or follow you anymore."
Aku hanya mampu mendengar sambil berbaring. Patah-patah kata yang meluncur dari mulutnya terus melantun-lantun dalam kepala otak aku yang sememangnya sudah sedia pening.
"I just call because I wanted to apologize to you. I know, I've been selfish all this while but that's the best way. I don't want to get hurt. I do hope you understand."
Memang aku sudah memahaminya.
"Please forgive me. I don't want you to bear any grudge against me."
Sebenarnya dia tidak perlu meminta maaf. Aku pun sendiri sudah hampir lupa kenapa aku begitu marahkan dia. Dendam itu sudah lama mereput.
"I don't think we should meet anymore. You have your own life and I should carry on with mine."
Ironinya, kami bertemu juga malam itu.
Dia datang kerana terpaksa menghantar aku ke klinik. Memang kalau boleh, aku juga sudah tidak mahu menyusahkan dia lagi. Tapi malam itu, aku memang keseorangan menahan sakit. Badan aku terasa sejuk teramat sangat, hidung berair tetapi kepala pula panas membara.
Ini bukan pilihan yang mudah. Mungkin juga bukan yang terbaik. Segalanya seperti duduk sambil memangku selaras senapang. Atau lebih tepat, seolah sudah menghala muncung senapang tepat ke langit-langit. Hanya perlu menggenggam sedikit semangat untuk memetik picu dan membiarkan peluru terbang bagi menamatkan keperitan.
Sekembali dari klinik, kami duduk di dalam kereta. Aku dan dia. Dia yang pernah menyukai aku selama sepuluh tahun dan sudah bertemu teman baru. Dan aku yang kini sudah bertunang dan semakin mendekati hari perkahwinan.
Kami berbual beberapa ketika. But we're not licking our wounds and counting our sorrows. We talked about our separate lives. I talked about my fiancé and she told me about her boyfriend.
Aku sudah membuat pilihan dan aku tidak akan menyesal dengan pilihan aku. Pahit atau manis, mesti ditelan kerana itulah apa yang aku pilih.

<< Home