Buang huruf, ambil makna
Sedar tak sedar, sudah melewati dua tahun aku berjurnal. Banyak juga longgokan najis yang aku sepahkan di sini. Tak tahu pula, kalau ada yang ternampak kilauan berlian.
Aku terjebak dengan dunia siber agak lewat juga. Sekitar tahun '98, baru berkenalan dengan IRC. Kemudian, e-mail.
Februari 2000, aku mula bekerja di kafe siber. Pun masih gila berchatting. Bosan dengan IRC, aku berICQ; bosan dengan ICQ aku berYM. Ditambah pula ketika itu YM mula memperkenalkan Voice Chat, aku pun bertambah ligat. Sehinggalah kemuncaknya, VC hanya aku gunakan untuk berkaraoke bersama teman-teman YM di room Malay.
Tapi perlahan-lahan, aku mula menganggap chatting tidak lebih dari "masturbasi minda". Kepuasan yang tidak begitu memuaskan. Keseronokan yang hanya mengundang "pancutan sebelum matang". Aku berpendapat, chatting terlalu banyak membazirkan tenaga dan masa. Ganas mencantas ide-ide yang belum sempat mekar dalam kepala otak.
Dan aku terus berlayar di dunia siber, mencari apa yang boleh memuaskan aku. Dari lamanreformasi informasi sehinggalah laman gambar dan cerita tak senonoh. Semuanya aku redah. Semuanya aku terjah.
Dan sedikit demi sedikit, aku mula belajar HTML. Sempat juga bereksperimen dengan pelbagai JavaScript dan berkenalan dengan DHTML.
Ketika itu terserempak juga dengan jurnalis-jurnalis dari dalam dan luar negara. Tapi semuanya tidak begitu menarik minat aku. Sehinggalah sekitar tahun 2001, aku tersesat dalam satu laman jenaka. Dan yang lebih menghanginkan aku, bila aku dicabar oleh pemilik jurnal itu (yang ketika itu masih berjurnal di bawah naungan livejournal) untuk tidak singgah lagi ke lamannya sehingga aku membina laman jurnal aku sendiri.
Dari situ, aku sudah terseret untuk berweblog. Dan selepas itu, segalanya adalah sejarah.
Thanks bro! But I must state clearly that you're not responsible to inspire me into jumping on this bandwagon of weblogging.
You're not more than a trigger, while I am a bullet which is dying to get out of a gun and go straight to someone's heart. Yes, I did some damages to others but more than often, it's only myself that I most hurt.
Dua tahun aku berjurnal, aku masih tercari-cari identiti aku. Dua tahun, aku masih berlegar-legar mencari suara sebenar aku. Dan aku beransur dari dunia naif ke dunia separuh matang dan kembali semula ke dunia jahil.
Komedi? Melankolik? Tragedi? Bathos? Rigmarole? Paradoks? Klise? Ironi? Analogi? Pure Bullshit? Semuanya aku bancuh sepekat mungkin untuk menjejaki diri sendiri.
Selepas dua tahun, aku rasa aku sudah menemui suara aku. Pun begitu, aku sebenarnya masih keliru apa yang sebenarnya aku ingin suarakan. Aku jadi si bisu yang tiba-tiba boleh bersuara tapi tidak tahu apa yang hendak diucapkan. Atau mungkin sebenarnya aku tiba-tiba berubah menjadi anjing yang dikepungi tembok yang tidak peduli sepatah haram pun, walau sekuat mana aku menyalak.
Secara sedar, aku mula mengungkap konsep kesongsangan. Tapi ada yang hanya melihat aku tidak lebih sebagai satu suara yang kurang ajar dan lancang. Dan yang paling pedih sekali bila ada yang mengganggap suara aku sebagai penyumbang kemungkaran dan kesesatan.
Bila berada dalam alam kesongsangan, semuanya akan berulang-alik dari hulu ke hilir dan dari hilir ke hulu. Menyimpang dari kebiasaan. Meronta dari kongkongan graviti. Melantun dari bawah ke atas dan jatuh dari atas ke bawah. Berlian bersalut najis. Epal yang mengandungi ulat. Hedonism dan sufism seakan bertaut di bawah matahari yang satu.
Apa kejadahnya lagi yang aku cari? Apa lagi yang aku mahu? Bolehkan aku mendapat makna dengan membuang segala huruf?!
Sedar tak sedar, sudah melewati dua tahun aku berjurnal. Banyak juga longgokan najis yang aku sepahkan di sini. Tak tahu pula, kalau ada yang ternampak kilauan berlian.
Aku terjebak dengan dunia siber agak lewat juga. Sekitar tahun '98, baru berkenalan dengan IRC. Kemudian, e-mail.
Februari 2000, aku mula bekerja di kafe siber. Pun masih gila berchatting. Bosan dengan IRC, aku berICQ; bosan dengan ICQ aku berYM. Ditambah pula ketika itu YM mula memperkenalkan Voice Chat, aku pun bertambah ligat. Sehinggalah kemuncaknya, VC hanya aku gunakan untuk berkaraoke bersama teman-teman YM di room Malay.
Tapi perlahan-lahan, aku mula menganggap chatting tidak lebih dari "masturbasi minda". Kepuasan yang tidak begitu memuaskan. Keseronokan yang hanya mengundang "pancutan sebelum matang". Aku berpendapat, chatting terlalu banyak membazirkan tenaga dan masa. Ganas mencantas ide-ide yang belum sempat mekar dalam kepala otak.
Dan aku terus berlayar di dunia siber, mencari apa yang boleh memuaskan aku. Dari laman

<< Home