It ain't blank if you can see it
I'm shaking the readers off my back. :D
Tapi masih ada juga tersasar masuk ke mari. Masih mengharapkan keajaiban? Aku pun tak pasti berapa lama lagi aku akan dapat bertahan seperti ini.
Adakah dengan membuat begini, aku telah benar-benar menulis untuk diri sendiri? Itu pun sebenarnya bullshitasi juga. Orang yang bangga mengaku menulis untuk diri sendiri pada pendapat aku, sebenarnya orang yang sangat ego dan mementingkan diri sendiri. Jika benar-benar menulis untuk diri sendiri, maka sebenarnya seseorang itu tidak sepatutnya mempedulikan perasaan dan pendapat orang lain. Dan selalunya orang yang sebegini akan dilabel sebagai bodoh sombong.
Aku melihat tidak ramai yang sebenarnya berani untuk menjadi bodoh sombong. Melukakan hati orang lain demi menegakkan pendapat sendiri bukannya semudah yang disangka. Sebab itulah, ramai pula yang memilih untuk hidup bermuka-muka. Depan baik memuji, belakang sakan mencerca.
Dan sebaliknya jika ada yang mengaku menulis untuk khalayak, pun sebenarnya kurang tepat juga.
Bila menulis untuk khalayak, yang penting bukan diri yang menulis tapi pembaca yang singgah membaca. Tapi jika dilihat, ramai (mungkin termasuk aku) menulis untuk memancing populariti, simpati atau sekadar membesarkan ego yang sememangnya sudah sedia besar. Masih ramai yang menulis dan mahu menjadi pusat cakerawala. Akibatnya, pembaca-pembaca tidak ubah seperti planet-planet yang mengitari matahari.
Jika ada pun yang sanggup untuk menundukkan ego dan menurut segala kehendak pembaca, maka ia tidak ubah seperti politikus yang sibuk menjaja pelbagai hadiah dan sogokan untuk meraih undi.
Mungkin tidak keterlaluan jika cara menulis seperti ini dianggap seperti cara lembu dicucuk hidung? Tapi ramaikah yang sanggup menjadi lembu yang dicucuk hidung? Tanyalah pada penulis-penulis, "engkau ni lembu ke?" pasti ramai yang akan melenting.
Penulis memang seorang yang egoistik. Ya, termasuk aku.
Sukar juga mahu menyeimbangkan apa yang kita mahu cakap dan apa yang mereka mahu dengar.

<< Home