my make up maybe flaking
kalau ada perkara yang aku tidak perlu tau, tak usah beritahu aku. melainkan kalau kau memang mempunyai niat untuk membuat kepala aku runsing atau hati aku keliru.
kalau kau nak sakitkan hati aku, sakitkanlah. aku boleh pejamkan mata tengok kau siat-siat hati aku. aku boleh pekakkan telinga bila ada orang gelak-gelakkan aku dan panggil aku bodoh. aku boleh buat tak peduli dan berlagak seolah-olah tak ada benda yang berlaku.
tapi setelah kau sakitkan hati aku dan kemudian tak mahu meminta maaf sebab kau fikir ianya tak penting, tak perlulah kau memberitahu aku.
aku boleh hidup dengan gurisan dendam, dalam kudis dosa.
samada aku mempunyai tempat istimewa dalam hati engkau atau hanya sekadar menjadi tikus makmal sudah tidak menjadi soal pokok sekarang.
aku dah malas nak fikir.
segelintir orang, jika terbenam dalam kesusahan akan berusaha untuk tidak menjadi susah di masa depan. mereka akan mencari jalan untuk hidup senang walau dengan apa cara sekalipun. mereka boleh membuat Freud bangga kerana membenarkan teorinya bahawa manusia ini sebenarnya mahu menambahkan keseronokan dan mengurangkan sengsara. tidak ubah seperti gaya budaya hidup hedonism.
mungkin juga mereka sebenarnya berpegang pada satu pesanan, "berhati-hati bila berdepan dengan kesusahan kerana ia bisa menjerumuskan engkau dalam kekufuran."
tanpa menolak kedua kemungkinan di atas, aku pula bila menjadi susah akan menganggapnya tidak lebih sebagai satu ujian ketahanan. "how low can i go? how long can i survive?". memang sakit kalau dihina tapi semua itu mesti aku depani dengan tabah. kalau hidup susah, tidak sekadar sesusah mana tapi juga selama mana.
dan ujian yang paling getir hidup dalam kesusahan sebenarnya ialah bila terpaksa bersempadankan kekufuran. apatah lagi jika hanya berperisaikan keimanan yang lebih tipis dari kulit bawang.
tapi aku percaya kau pernah dengar, ujian akan membuat kau makin tabah. ujian yang bertimpa-timpa akan membuat kau bertambah kental jika ia tidak berjaya menolak kau masuk ke kubang kekufuran.
dan setelah lama diuji begini, aku rasa hati aku memang keras. tapi ia tidaklah sekeras batu. masih ada daerah lembut yang mudah tersentuh. walaupun begitu tidak mengapa. aku masih boleh bernafas tanpa tersangkut-sangkut. dan yang paling penting, kepayahan dalam hidup tidak membuat aku kufur.
aku tidak perlukan simpati engkau. aku tidak perlukan perhatian engkau. simpati dan perhatian engkau juga sekarang sama nilainya dengan keengganan engkau meminta maaf.
terima kasih atas pengalaman. walaupun pahit, aku sudah telan semuanya. ia mungkin membunuh aku dari dalam. tapi jika aku masih hidup, ia bisa membuat aku kebal.
terima kasih lagi sekali. terima kasih atas segalanya.

<< Home