Friday, December 05, 2003

pesta bujang

akhirnya hilang gak kegersangan haus aku bila bapak comel sanggup datang bersama famili untuk minum-minum bersama aku tadi. datang pula membawa butang baju melayu.

"ceh! butang baju melayu pun mau pinjam ka?" <-- ni bukan dialog bapak comel. ni takde dalam skrip tadi. aku ad lib je ni.

aku memang dah lama tak beli butang baju melayu. raya tu hari pun tak beli sebab raya tahun ni aku memang tak buat baju melayu. balik jb, gi solat sunat aidilfitri pun pakai baju lama. orang pompuan je yang suka tempah baju banyak-banyak time raya ni.

tapi aku tak cakap tempah baju banyak-banyak masa raya ni satu pembaziran sebab selalunya baju raya akan bertukar menjadi baju kerja. tapi kalau lelaki nak tempah baju melayu satu suit tiap-tiap tahun merugikan beb. kitorang bukan pergi kerja pakai baju melayu. kalau gi solat kat masjid selalunya cuma sarung kain pelikat dan baju je. seluar baju melayu? jarang sekali nak pakai.

nak bersolat hari jumaat dengan satu suit baju melayu lengkap bersamping? hari jumaat hari bekerja. tak ramai yang sempat balik rumah dan bersiap-siap dengan baju melayu satu suit. melainkan kalau ada yang pergi bekerja dengan baju melayu. tapi bersamping? hmm..

berbalik pada cerita bapak comel dan isterinya.

isterinya terbaca dalam akhbar, "lelaki ni sebelum berkahwin, selalu memberi kasih sayang 100%. tapi bila dah berkahwin, kasih sayang yang dulunya 100% akan berkurangan. kadang-kadang 50% pun tak sampai."

aku spontan menjawab, "hah.. betul la tu. sebab tu la lelaki kalau bercinta boleh frust menonggeng kalau putus cinta. tapi kalau lepas kahwin kena berhati-hati. takleh nak sayang isteri 100% sebab takut abis. kena reserve sikit sayang tu."

isteri bapak comel membantah, "nak reserve apanya? selalunya nak kasi kasih sayang kat pompuan lain!"

kemudian isteri bapak comel mula mendedahkan sedikit cerita-cerita sensasi si bapak comel. bapak comel mula tersipu-sipu. <-- ehem ehem!! cerita-cerita sensasi ni aku takleh dedahkan online. nak kena buat satu majlis update offline baru boleh ni. seats terhad, kena reserve awal kalau nak hadir. :D

anyway, kau pernah dengar kes lelaki yang sayang sangat kat isterinya sampai bila isterinya pergi dulu dan si duda ni kemudiannya menjadi separuh gila sebab dah sayang 120% kat arwah isteri?

Nabi Muhammad s.a.w pun semasa beristerikan Khadijah a.s tidak berkahwin dengan pompuan lain. tapi selepas kewafatan Khadijah, baru nabi berpoligami.

some jokingly said that, "dulu, semasa dengan Khadijah, hati nabi satu yang teguh. tapi selepas Khadijah wafat, hati nabi pecah berderai hinggakan baginda tak kesah nak kongsikannya dengan ramai wanita pada satu masa."

jenaka celupar?! you decide.

would i love my wife whole-heartedly after marriage?

"kau kahwin dulu la jiGO, baru tau pahit manis berkahwin ni."

pesta bujang apa ni yang boleh buat aku jadi cuak ni?! aku ingatkan pesta bujang ni ada pompuan menari-nari buka baju satu persatu. hmmm.... aku dah salah masuk pesta agaknya.

"tipah! butang baju melayu aku mana, tipah?! kau ni pekak ke hapa tipah?!! tipah.. oh tipah!! tipah!!! butang baju melayu aku mana ah?!!!"