"Baru sorang!"
Baru naik berkerja hari ni selepas bercuti sejak Jumaat lalu. Kerja seperti biasa tunggu aku. Tapi sambil buat-buat kerja dan buat-buat sibuk, sempat juga curi-curi browse menengok-nengok mesej dalam email dan guestbook.
Sejak berkahwin ni bertambah meriah pula jurnal dan guestbook aku ni. heh!!
"Ala... rilek la! Baru sorang je isteri awak!!"
Sebelum ada yang membuat spekulasi yang bukan-bukan, baik aku terangkan, dialog di atas tu isteri aku tujukan pada aku.
Lokasinya? Semasa membeli belah.
Patutlah suami-suami veteran macam sorang member aku lebih rela melanguk di tepi longkangsambil usha aweks lalu lalang daripada ikut isteri-isteri membeli belah.
Atau ikut sahaja nasihat Mat Jan, menonton wayang semasa isteri membeli belah. Nak lagi senang, kasi je duit pada si isteri, "Nah! Ambik duit ni. Awak beli la apa yang awak suka" dan tunggu saja di rumah sambil bersantai.
Tapi suami mithaliseperti aku tidak boleh buat begitu. Aku kena ikut sekali supaya keselamatan isteri (dan status kewangan aku) lebih terkawal.
Orang pompuan ni kalau membeli belah tak suka sambar dan bayar. Dr Max pernah cerita hal ni dulu. Beberapa hari yang lalu, aku rasai sendiri pedih peritnya mengikut seorang pompuan bernama isteri membeli belah.
Biasalah, suami mithaliseperti aku mesti sanggup berkorban. Bukan setakat duit tapi juga masa.
"Ala... rilek la! Baru sorang je isteri awak!!" Isteri aku separuh memujuk bila aku dah mula naik hangin bila dia tak sudah-sudah lagi membelek baju yang hendak dibelinya.
Aku percaya, lelaki-lelaki yang kahwin lebih dari satu hampir pasti tidak pernah mengikut isterinya membeli belah. Kalau setakat beri duit saja, aku rasa semua lelaki mampu. Tapi yang meletihkan para suami ialah bila masa pun banyak terhabis untuk membelek sehelai kain.
Kalau mereka ikut isteri membeli belah, mereka pasti akan berkata, "Serik la saya. Tobat saya tak nak kahwin lagi kalau camni."
Baru naik berkerja hari ni selepas bercuti sejak Jumaat lalu. Kerja seperti biasa tunggu aku. Tapi sambil buat-buat kerja dan buat-buat sibuk, sempat juga curi-curi browse menengok-nengok mesej dalam email dan guestbook.
Sejak berkahwin ni bertambah meriah pula jurnal dan guestbook aku ni. heh!!
"Ala... rilek la! Baru sorang je isteri awak!!"
Sebelum ada yang membuat spekulasi yang bukan-bukan, baik aku terangkan, dialog di atas tu isteri aku tujukan pada aku.
Lokasinya? Semasa membeli belah.
Patutlah suami-suami veteran macam sorang member aku lebih rela melanguk di tepi longkang
Atau ikut sahaja nasihat Mat Jan, menonton wayang semasa isteri membeli belah. Nak lagi senang, kasi je duit pada si isteri, "Nah! Ambik duit ni. Awak beli la apa yang awak suka" dan tunggu saja di rumah sambil bersantai.
Tapi suami mithali
Orang pompuan ni kalau membeli belah tak suka sambar dan bayar. Dr Max pernah cerita hal ni dulu. Beberapa hari yang lalu, aku rasai sendiri pedih peritnya mengikut seorang pompuan bernama isteri membeli belah.
Biasalah, suami mithali

<< Home