Wednesday, April 07, 2004

kerja macam anjing, tidur macam kayu balak

sabtu lepas aku dah mengecewakan sekurang-kurangnya empat orang. sekurang-kurangnya.

ada kawan yang nak pinjam buku pun terpaksa pulang tangan kosong. aku tak perlu meneka yang dia memang agak marah dengan aku.

ada kawan yang sanggup datang dari jauh dan bermandi-manda di Wetland dalam ribut taufan pun aku tak boleh nak jumpa.

ajakan kawan yang ajak berborak sambil minum-minum pun terpaksa aku tolak.

jemputan kawan isteri untuk kenduri arwah ayahnya di banting pun terpaksa aku lupakan.

"besar ke gaji kau?" tanya sorang member yang separuh hangin bercampur kasihan bila terpaksa tunggu aku habis kerja sampai larut malam.

dan aku hanya mampu tersengih. dan aku tak teragak-agak nak ludah muka orang yang kata aku workaholic.

i am not!!

the truth is, my salary is so meager and I can't even claim for my OT. it doesn't matter if i have to work till 5am to complete my job and then get back to work (again!!) at 9am. the company just won't pay for any OT claims.

dan tak sampai dua bulan selepas kahwin, borg pun pernah juga bermalam di opis kerana tunggu aku siapkan kerja sampai pukul 5 pagi.

reward me no pity since i spare none on myself.

ok. that's the worst part!! am not being fair to my company.

aku pun bukan pekerja contoh. dah banyak kali juga aku AWOL tapi management tak ambil tindakan (eleh setakat kena sound tu dah kebas dah cuping telinga aku).

ya, tak perlu kau ingatkan. tak ambil tindakan tak sama dengan tak berani ambil tindakan.

kira ok la tu. ada give and take. ada kompromi. at your own risk, of course. :-)

it's been a hard day's night, and I been working like a dog
it's been a hard day's night, I should be sleeping like a log
but when I get home to you I'll find the things that you do
will make me feel alright