sudah gaharu, cendana pula
UMNO sibuk mengetuai BN untuk menafikan kekuasaan PAS di Terengganu dan Kelantan. segala keringat dan kudrat kini sudah terbalas.
dan yang menjadi jenakanya, Haji Hadi sudah melewati 'tarikh luput' sebagai ketua pembangkang. tempatnya kini diambil alih oleh, tidak lain dan tidak bukan, Lim Kit Siang. siapa pula menyangka Perak akan tergoda dengan rayuan DAP?
aku bukan mahu mengapikan isu perkauman. politik hanya untuk orang melayu sudah tidak relevan lagi, walaupun perang di doodleboard ini seakan menidakkannya. dan sudah semestinya bila kita sebut Melayu, pasti terasa janggal kalau isu Islam dicicirkan dari perbincangan. Progresif? Fanatisme?
politik Malaysia hari ini lebih memecah belahkan umat Melayu. sama juga seperti isu kemerdekaan dahulu juga tidak pernah menyatukan Melayu.
politik Malaysia hari ini menjadi puncak paradoks bila kita perlu mengatakan, "Islam menggalakkan perpaduan". Politik Malaysia dan Islam tidak serasi. Islam sudah menjadi penolak untuk umat Melayu bersatu-padu bila berpolitik.

<< Home