Friday, March 12, 2004

Ralat

merujuk pada entry aku sebelum ni, aku tarik balik kenyataan aku yang berbunyi, "apabila memilih untuk memilih 'setan yang kurang sikit jahatnya' kau sudah menghampiri perkara syubahat."

maafkan aku atas kesilapan di atas.

tapi kenyataan 'setan yang kurang sikit jahatnya' secara jelasnya patut merujuk pada situasi di mana pengundi Muslim, khususnya, yang terpaksa memilih di antara sesetengah calon-calon (tidak kira dari parti mana dan tidak kira Muslim atau bukan Muslim) yang tidak mahukan Islam sebagai teras di sesetengah kawasan.

please vote! do vote!! it's a dirty job, but somebody gotta do it.

memang Tuhan yang akan menentukan segalanya, tapi manusia tetap kena berusaha. kita dipertanggungjawabkan dengan pelbagai pilihan. nak pilih yang jahat atau yang baik. pandai-pandai sendirilah nak membuat pilihan. kalau nak buat pilihan yang lebih tepat, rujuk pada Qur'an dan Hadith. Insya'Allah kau takkan tersesat.

maaf sekali lagi.