Tuesday, March 09, 2004

Pontianak Harum Sundal Malam
* sumber e-mail

Meremang juga bulu roma tetamu yang berada dalam mini ballroom Hotel Mutiara KL apabila mendengar suara perempuan mengilai-ngilai sewaktu sedutan khas tayangan filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM), baru-baru ini. Suara itu milik Ida Nerina, salah seorang pelakon penting PHSM. Dalam filem itu, Ida memegang watak Sitam, perempuan separuh pekak di Kampung Paku Laris selain satu lagi karektor - pontianak pada zaman lampau.

Selepas melihat trailer itu, rata-rata tetamu mengucapkan syabas kepada sutradaranya, Shuhaimi Baba (Shumi) serta produser Mohd Mahyidin Mustakim dan Aida Fitri Buyong. Hadirin juga mengucapkan tahniah kepada pelakon yang hadir seperti Maya Karin, Kavita Sidhu, Nanu Baharuddin, Sharonizam dan Ida Nerina.

Kejadian ganjil berlaku sepanjang penggambaran? Sekeping foto membabitkan Kavita.



Ketika membuat penggambaran berkenaan di Ampang, pada satu senja, babak itu hanya membabitkan Kavita, tetapi apabila mereka mencetak still photo adegan itu, kelihatan satu lembaga hitam di belakang Kavita!

"Bila kami ambil gambar ini, ianya hanya Kavita sahaja. Setelah gambar Kavita diproses, kami terkejut bila melihat ada lembaga hitam di belakangnya."

| tonton sedutan