Friday, February 13, 2004

menyambut kedatangan orang baru (errr.. orang ke?)

strategi aku ialah "bekerja" bersungguh-sungguh sedari awal. dan kemudian bila dah berhasil barulah mula merancang untuk yang berikutnya. alhamdulillah, strategi aku mendatangkan hasil. borg dah mula muntah-muntah.....

oooops.. tunggu sekejap!! sila padamkan maklumat di atas dari otak korang.

entry di atas, aku belum boleh tulis lagi kerana ianya tidak benar buat masa sekarang. strategi aku masih belum menampakkan hasil. borg pening-pening tapi itu semua sindrom yang tidak menyeronokkan yang digelodakkan oleh tekanan di tempat kerjanya.

entry ini sepatutnya dimulakan dengan dialog seperti di bawah ini:-

"tadi masa balik dari kerja, kita terjumpa satu anak kucing ni. comel sangat!! lebih comel dari boren (boren adalah anak kucing di rumah mak mertua aku). awak ada RM200 tak? kita ingat nak beli kandang dan sikit makanan untuk anak kucing ni."

"hah?! RM200? banyaknya!!! takkan semua tu sampai RM200?!!"

ok. entry kali ini sepatutnya dimulakan dengan dialog seperti di atas.

memang borg ada membawa balik anak kucing. dan anak kucing inilah "orang baru" dalam hidup aku. tapi disebabkan ia hanya 'kucing' maka tidak layak jika ia menjadi 'orang' baru.

sebenarnya aku tidak berapa gemarkan kucing. ketika makan di restoran, aku tidak berapa kesah untuk menghulurkan tulang atau cebisan daging yang aku makan untuk kucing-kucing yang berkeliaran di situ. tapi untuk membela kucing bukanlah agenda teratas dalam kehidupan aku selepas berkahwin.

aku tau borg memang suka kucing. tapi aku bukan seperti itu. am not a cat-lover. no offence intended, tapi aku bukanlah orang yang suka bergambar dengan kucing dan kemudian menyebarkan dalam internet seperti sesetengah orang.

tapi anak kucing ini, yang kami beri nama 'Lucky' sedikit sebanyak mengganggu keharmonian hidup aku. aku mula sukakan dia. hell!!! this is not like me!!! not even close. keluarga aku mesti tergelak besar bila tau aku membela kucing sekarang. kucing yang bernama 'Lucky'.

untuk memendekkan cerita yang panjang merapu-rapu. sekarang aku membela kucing. kandang dan makanan serta pasir buatan pun telah disediakan untuk 'Lucky'. jumlah duit yang dikeluarkan tidak mencecah pun RM100. (fuhh!! nasib baik!!!)

semalam dan malam sebelumnya, aku bermain dengan dia. entah kenapa dia lebih suka bermain dengan aku daripada bermain dengan borg. dia bermain dengan aku yang tidak berapa gemarkan kucing!!!!

dan aku selsema teruk selepas bermain dengan kucing. aku tak berapa alergik dengan kucing sebelum ini. tapi bila kucing sudah berada di ruang tamu, walaupun dalam kandangnya, hidung aku mula bersin tak berhenti-henti.

dan aku terlepas peluang untuk minum bersama kawan-kawan di daroos, seksyen 7 shah alam. minta maaf banyak-banyak!! i've no other excuses except that, semalam lagi sekali aku selsema teruk hingga aku terpaksa berbaring dan terus terlelap selepas menelan segelas bancuhan panadol soluble.